Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
CLOMID: SEGALA YANG PERLU ANDA KETAHUI » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-KKpTNa

CLOMID: SEGALA YANG PERLU ANDA KETAHUI

Apa itu Clomid ? 

Clomid (clomiphene citrate) digunakan pada wanita yang tidak mengalami ovulasi (telur tidak dilepaskan/ tidak matang). Clomid merangsang telur untuk membesar dan menjadi matang di ovari. Telur yang telah matang akan dilepaskan (Ovulasi) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.

Bagaimana ubat ini harus digunakan?

Clomid adalah berbentuk pil. Ia boleh di ambil pada hari ke-2 atau ke- 3 kitaran haid (hari pertama adalah hari haid datang). Pada kitaran pertama pengambilan Clomid, ianya dimulakan dengan  dos 50 mg dan diambil sekali sehari selama 5 hari. Jika dimulakan pada hari ke-2, anda perlu mengambil sehingga hari ke-6. Sekiranya anda mengambil pada hari ke-3, anda perlu mengambil sehingga hari ke-7 kitaran.  

Anda akan diberikan temujanji pada hari ke 12 atau 13 kitaran, bagi ujian ultrasound dilakukan untuk memantau perkembangan telur tersebut. Sekiranya terdapat telur yang matang, satu suntikan akan diberikan bagi membantu ovulasi berlaku antara 24- 36 jam. Maka anda dan pasangan boleh bersama pada waktu tersebut bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

Bagaimana jika tidak mempunyai kitaran haid yang teratur?

Sekiranya anda tidak mempunyai kitaran yang teratur atau sama sekali tidak mempunyai haid, doktor akan berikan ubat hormon berbentuk pil bagi membolehkan haid datang.  Kemudian boleh mulakan pengambilan Clomid pada hari kedua atau ketiga setelah haid datang. 

Bilakah masa yang paling sesuai bersama?

Apabila mengambil Clomid. Doktor akan memantau perkembangan telur dan memberitahu bilakah masa yang sesuai untuk bersama bergantung dengan pembesar telur tersebut. Pasangan juga perlu mengetahui untuk meningkatkan peluang mengandung, adalah digalakkan bersama sekerap 2-3 kali seminggu.

Bagaimanakah rawatan dipantau?

Terdapat perbagai cara untuk memantau respon terhadapat pil Clomid yang diambil. Antaranya adalah melakukan ujian ultrasound pada pertengahan kitaran seperti pada hari ke 12 atau 13 kitaran bagi melihat saiz folikel. 

Ada juga yang memantau dengan ujian darah dengan melihat pada paras hormon Progesteron yang biasanya dilakukan pada hari ke-21 kitaran. Jika paras hormon Progesteron tinggi maka ovulasi berlaku.

Sekiranya ovulasi berlaku tetapi tidak hamil, kitaran Clomid kedua boleh diulang. Sekiranya tiada pembesaran folikel atau tiada ovulasi berlaku, dos ubat Clomid akan dinaikkan kepada 100 mg sehari selama 5 hari. Dos tertinggi adalah sebanyak 150 mg sehari selama 5 hari. 

Sekiranya anda tidak dapat haid, ujian mengandung boleh dilakukan lebih kurang dua minggu selepas tarikh haid dijangkakan tiba. 

Berapa kali Clomid boleh diambil? 

Clomid boleh diambil sehingga enam kali kitaran. Ini adalah seperti yang diluluskan. Terdapat kajian yang menunjukkan peratus kumulatif kejayaan mengandung meningkat sehingga kitaran ke enam. Namun penggunaannya selepas enam kitaran perlu dielakkan. 

Apa kesan sampingan ubat ini?

Kebanyakan wanita tidak mengalami apa- apa kesan sampingan dari pengambilan clomid. Namun antara kesan sampingan termasuklah

• Hot Flush.

• Ketidakselesaan perut (kembung atau sakit).

• Sakit kepala.

• Ketidakselesaan payudara.

• Perubahan pada kitaran haid.

Kadang-kadang gejala visual boleh berlaku, termasuk kabur atau penglihatan berganda dan bintik visual atau kilatan. Sekiranya ini berlaku, ianya perlu dimaklumkan kepada doktor. 

Sesetangah wanita yang mengambil Clomid, dinding rahimnya menjadi nipis. Ini dapat dilihat apabila ujian ultrasound scan dilakukan bagi memantau perkembangan telur tersebut. Sekiranya ini berlaku, ubat pilihan kedua (second line), iaitu Letrozole akan diberikan pada kitaran akan datang untuk bertindak merangsang perkembangan telur.

Kesan Pengambilan Clomid

Kira-kira 7 daripada 10 pesakit yang dirawat dengan Clomid akan mengalami ovulasi dan 4 dari 10 akan hamil. Sebilangan besar wanita yang akan ovulasi melakukannya selama tiga bulan pertama rawatan. Jika ovulasi berlaku dan tidak mengandung selepas 6 kitaran, yang lain kaedah lain harus dipertimbangkan.

Mengandung Kembar

Mengandung kembar meningkat kepada 5-10% dengan mengambil Clomid. Tetapi kelahiran kembar lebih daripada kembar dua jarang berlaku (kurang daripada 0.5%).

Kadar keguguran tidak meningkat apabila Clomid diambil. Begitu juga dengan kandungan yang tidak sihat (Congenital Anomaly).

Untuk memahami dengan mendalam mengenai Clomid, artikel lain yang boleh dibaca termasuklah 10 Fakta Mengenai Clomid, Clomid Ada Kesan Sampingan dan Clomiphene Citrate atau Letrozole.

Sekiranya terdapat apa- apa persoalan, anda dinasihatkan untuk bertanyakan kepada doktor bagi mendapatkan penjelasan yang sebaiknya.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

1 thought on “CLOMID: SEGALA YANG PERLU ANDA KETAHUI”

  1. Assalamualaikum doctor. Macam mana ya untuk yg previous ectopic pregnancy, adakah akan disyorkan untuk mengambil clomid. Sebelum dan selepas ectopic pregnancy period saya mmg regular dan skrg dah buang satu tiub sebelah kiri. Ttc selama 5 tahun

Comments are closed.