Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
VAKSIN COVID-19 UNTUK IBU MENGANDUNG? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-7VdRUh

VAKSIN COVID-19 UNTUK IBU MENGANDUNG?

Sekiranya hamil, pasti akan tertanya-tanya adakah vaksin Covid-19 selamat untuk diambil oleh ibu mengandung

Adakah selamat untuk mengambil vaksin semasa hamil? 

Walaupun data adalah terhad terhadap wanita yang hamil, data yang paling besar dimiliki setakat ini adalah di Amerika Syarikat di mana sekitar 90,000 wanita hamil telah divaksinasi terutamanya dengan vaksin mRNA, seperti Pfizer-BioNTech. Sehingga kini tidak ada masalah keselamatan ditimbulkan. Segala risiko dan faedah perlu dipertimbangkan agar dapat membuat keputusan yang tepat. Perkara ini juga perlu dipertimbangkan oleh bakal ibu atau wanita yang kini berusaha untuk hamil.  

Adakah vaksin diberikan atas sebab hamil? 

Pada masa vaksin tidak diberi semata- mata atas kerana kehamilan. Namun vaksin diberikan mengikut keutamaan seperti faktor usia dan risiko penyakit yang ada oleh seseorang tersebut. Kini vaksin mula diberikan kepada golongan yang lebih muda dan ini termasuklah meliputi wanita yang hamil. Wanita hamil disarankan untuk menggunakan vaksin berdasarkan umur dan kumpulan risiko klinikal mereka. 

Vaksin Covid-19 pada masa ini ditawarkan kepada wanita hamil terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan berisiko tinggi. Ini termasuklah wanita yang mempunyai BMI yang tinggi, mengalami diabetes ketika mengandung. Ini juga termasuklah wanita hamil yang bekerja di sektor kesihatan dan berisiko untuk dijangkiti Covid-19. 

Apakah faedah vaksin semasa hamil? 

Faedah vaksin termasuklah: 

  • Pengurangan komplikasi penyakit yang teruk bagi wanita yang mengandung akibat jangkitan Covid-19
  • Pengurangan risiko kelahiran pramatang
  • Berpotensi mengurangkan penularan kepada anggota keluarga yang lain. 

Adakah vaksin boleh membahayakan bayi saya? 

Vaksin untuk Covid-19 tidak mengandungi apa- apa bahan yang diketahui berbahaya bagi wanita mengandung atau bayi yang sedang membesar. Malah sehingga kini, tidak ada bukti dari kajian pada haiwan bahawa vaksin tersebut menjejaskan kandungan dan kesuburan. 

Sehingga kini walaupun tidak ada data yang dapat memastikan 100% bahawa vaksin tidak akan menyebabkan kejadian buruk pada kandungan, seseorang itu perlu peritimbang antara vaksin dengan risiko jangkitan Covid-19 pada kehamilan. Vaksin yang digunakan bukanlah vaksin‘ hidup. Sebelum ini telah banyak vaksin bukan hidup digunakan telah terbukti selamat digunakan ketika mengandung dan selalu diberikan. 

Adakah vaksin yang tertentu perlu diambil oleh ibu yang mengandung? 

Sehingga kini, antara tiga vaksin yang ada di Malaysia iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac, hanya Pfizer-BioNTech sahaja yang dibenarkan diambil oleh ibu mengandung. Sebabnya adalah bahawa vaksin ini telah diberikan kepada sekitar 90,000 wanita di Amerika Syarikat dan data tersebut tidak menimbulkan apa- apa masalah kepada ibu yang mengandung. 

Adakah selamat untuk mendapatkan dos kedua AstraZeneca jika saya mengetahui bahawa saya hamil? 

Sekiranya anda mempunyai dos pertama AstraZeneca dan kemudiannya mengetahui bahawa anda mengandung, sehingga waktu ini, dos kedua akan hanya dapat diberikan selepas bersalin. Perkara ini perlu dimaklumkan kepada doktor dan MySejahtera. Namun anda perlu mengetahui, dos pertama AstraZeneca juga telah memberikan kesan perlindungan kepada jangkitan Covid-19 walaupun ianya mungkin tidak setinggi jika dibandingkan kepada mereka yang telah menerima dua dos AstraZeneca. 

Apakah kesan sampingan yang mungkin saya alami? 

Wanita boleh mengalami kesan sampingan seperti sakit otot atau demam yang berlangsung satu atau dua hari. Baru-baru ini terdapat laporan pembekuan darah yang serius tetapi jarang berlaku setelah vaksinasi dengan vaksin AstraZeneca. Walau bagaimanapun, jumlahnya sangat kecil dan oleh itu risiko kesan sampingan serius dari pembekuan darah dengan vaksin AstraZeneca sangat rendah.

Bilakah semasa kehamilan saya harus diberi vaksin? 

Vaksin Pfizer-BioNTech boleh diambil oleh ibu mengandung antara 14 hingga 34 minggu usia kandungan. 

Bolehkah saya mendapat vaksin jika saya menjalani rawatan kesuburan? 

Ya. Rata- rata persatuan kesuburan di seluruh dunia mengatakan bahawa anda boleh mendapat vaksin semasa rawatan kesuburan anda. Ini termasuk ketika melakukan IVF, pemindahan embrio beku, pembekuan telur, induksi ovulasi seperti rawatan Clomid dan IUI. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin mempertimbangkan masa pemberian vaksin Covid-19 dan rawatan yang diterima, dengan mengambil kira kesan sampingan yang boleh mengganggu dalam beberapa hari selepas vaksinasi yang tidak diingini semasa rawatan. Contohnya, waktu vaksinasi dan waktu pengambilan telur tidak berlaku terlalu dekat. 

Bolehkah saya cuba hamil setelah mendapat vaksin? 

Ya boleh. Wanita yang ingin hamil tidak perlu mengelakkan kehamilan selepas vaksinasi dan tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa vaksin Covid-19 akan mempengaruhi kandungan 

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print