Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
CLOMIPHENE CITRATE (CLOMID) ATAU LETROZOLE? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-yjD9Ka

CLOMIPHENE CITRATE (CLOMID) ATAU LETROZOLE?

Ramai yang pernah dengar cerita tetantang ubat kesuburan, Clomid. Clomid atau nama ubatnya yang juga dikenali sebagai Clomiphene Citrate adalah ubat yang diberikan kepada wanita pada 5 hari di awal kitaran haidnya bagi membantu proses ovulasi berlaku.

Clomiphene Citrate adalah ubat berbentuk pil yang diambil pada dos 50mg, 100mg dan 150mg. Secara ringkasnya Clomiphene Citrate bertindak menghalang reseptor estrogen dari mengesan terdapat cukup hormone estrogen di dalam badan. Akibat dari ini hormone FSH akan dirembeskan dengan lebih banyak. Akibatnya terdapat lebih folikel membesar di kilang telur.  Ubat Clomiphene Citrate ini telah lama dipakai bagi rawatan kesuburan khususnya bagi mereka yang mengalami masalah ovulasi. Dicatatkan terdapat hampir 40% masalah ovulasi berlaku dikalangan wanita yang mengalami ketidaksuburan.  Polycystic Ovari adalah antara sebab utama berlakunya masalah ovulasi. Ubat Clomiphene Citrate mudah untuk diambil kerana ianya berbentuk pil makan, harganya murah berbandinag dengan ubat kesuburan yang lain, tidak mempunyai banyak kesan sampingan serta senang didapati. Dengan pengambilan Clomiphene Citrate, dianggarkan hampir 70- 80% wanita Berjaya mengalami ovulasi. Walaubagaimanapun kadar mengandung dicatatkan pada 30- 40%. Selain daripada itu Clomiphene Citrate akan mengakibatkan terdapat lebih banyak folikel yang membesar (multifollicular development), ia juga mempunyai kesan anti- estrogen kepada penebalan dinding rahim. Sesetengah wanita yang mengambil Clomiphene Citrate akan mempunyai dinding rahim yang tipis. Sesetengah yang lain pula tidak menunjukkan apa- apa kesan rangsangan apabila mengambil Clomiphene Citrate (Clomiphene resistence).

Letrozole atau nama komersialnya Femara mula digunakan dalam bidang kesuburan pada tahun 2000. Ianya bertindak sebagai Aromatase Inhibitor, di mana ianya menghalang pernukaran hormon androgen ke  hormon estrogen. Oleh itu badan mengesan seolah- olah terdapat kekurangan paras hormon estrogen dalam badan. Maka hormone FSH akan dirembeskan dengan lebih. Hasil dari ini terdapat lebih folikel yang membesar. Dos ubat Letrozole bermula pada 2.5mg, 5mg dan 7.5mg. Letrozole adalah berbentuk pil yang perlu diambil di awal kitaran haid selama lima hari. Letrozole tidak mengakibatkan dinding rahim tipis dan tidak menybabkan terlalu banyak folikel membesar (monofollicular development). Namun begitu kos Letrozole adalah lebih mahal dari Clomiphene Citrate.  Sebiji Letrozole harganya dianggarkan 5-6 kali lebih mahal dari Clomiphene Citrate.

Banyak kajian yang dijalankan untuk membezakan antara Clomiphene Citrate dan Letrozole. Hasil kajian mendapati kedua- dua Clomiphene Citrate dan Letrozole adalah berkesan dalam membantu pembesaran folikel berlaku. Namun Clomiphene Citrate menjadi pilihan pertama kerana ianya lebih murah berbanding Letrozole. Letrozole menjadi pilihan sekiranya terdapat dinding rahim yang tipis atau apabila tiada terdapat apa- apa kesan rangsangan berlaku selepas.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

1 thought on “CLOMIPHENE CITRATE (CLOMID) ATAU LETROZOLE?”

Comments are closed.