Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
WANITA LEBIH JELITA & ANGGUN PADA WAKTU SUBUR? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-CHKynT

WANITA LEBIH JELITA & ANGGUN PADA WAKTU SUBUR?

Pernah atau tidak pasangan anda tegur dan menyatakan bahawa anda lebih jelita & anggun pada waktu tertentu secara tiba-tiba? Adakah ini disebabkan anda sedang melalui waktu subur anda?

Jika dilihat dalam dunia haiwan, mungkin perubahan ini lebih ketara. Kajian menunjukkan ketika waktu subur, haiwan betina akan kelihatan lebih menarik. Ini termasuklah juga kelakuan mereka untuk menarik perhatian haiwan jantan. Sebagai contoh haiwan betina cimpanzi, terdapat perubahan yang ketara di bahagian badannya untuk menarik perhatian haiwan jantan cimpanzi.

Namun, bagaimana pula dengan wanita? Ada atau tidak perubahan yang berlaku untuk menarik perhatian pasangan lelaki ketika waktu subur? Banyak kajian yang melihat akan perkara ini. Ada kajian yang menunujukkan tiada perubahan dan ada pula yang menyatakan sebaliknya. Jika dilihat kepada parameter yang digunakan untuk mengukur faktor daya penarik wanita ketika waktu ovulasi, ramai yang mungkin tertawa. Di antara hasil penemuan sebahagian dari kajian ini menunjukkan wanita mempunyai bau badan wanita yang lebih harum, muka yang lebih kemerah-merahan atau kelakuan yang lebih menggoda ketika waktu subur.    Tetapi persoalannya jika anda wanita, adakah pasangan anda perasan akan perubahan tersebut dengan kerap memuji anda ketika tiba waktu subur? Atau, sekiranya anda seorang lelaki, adakah anda perasaan akan perubahan pasangan anda seperti yang dinyatakan? Atau adakah semua ini satu kebetulan semata-mata. Oleh itu, mulai sekarang mungkin setiap pasangan boleh membuat kajian atau pemerhatian sendiri serta membuat kesimpulan akan hasil kajian tersebut. Apakah ianya boleh dipercayai?

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print