Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
SUSAH DAPAT ANAK KEDUA? SECONDARY SUBFERTILITY » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-vbhhUz

SUSAH DAPAT ANAK KEDUA? SECONDARY SUBFERTILITY

Dianggarkan antara 5- 10% pasangan mengalami kesukaran untuk mengandung anak kedua dan seterusnya. Secondary subfertility atau juga dikenali sebagai ketidaksuburan sekunder berlaku apabila pasangan mengalami kesukaran menimang cahaya mata selepas berjaya menimang anak sebelum ini.

Ramai yang tertanya- tanya mengapa sukar untuk mengandung untuk kali ini. Walhal sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah. Ahli kenalan yang lain seperti kawan sebaya dan sepupu sepapat yang lain sudah mula hamil kembali. Paling menyedihkan apabila anak sudah bertanya bila nak dapat adik, ibu kawan mereka sudah pun mengandung dan tidak lama lagi akan mendapat adik.

Soalan seperti “Bila lagi? Bila nak dapat yang nombor dua? Anak awak dah manja sangat dah ni, perlu ada adik” adalah kenyataan yang seringterdengar. Suara- suara ini semestinya membuatkan telinga berdesing setiap kali terdengar kenyataan yang sama. Padahal dalam hati bukannya tidak mahukan lagi cahaya mata namun belum ada lagi rezeki.

Ada yang berpendapat pasangan yang mempunyai secondary subfertility mungkin tidak mempunyai tekanan setinggi mereka yang belum mempunyai cahaya mata. Mungkin sebab sudah ada anak. Paling kurang sudah ada zuriat. Maka perlu terima seadanya. Ini antara sebab mengapa ramai yang tidak kehadapan atau mengambil masa agak lama untuk membuat saringan kesuburan.

Apa yang berlaku ketika saringan kesuburan adalah lebih kurang sama dengan pasangan yang lain. Ini termasuklah saringan air mani serta saringan paras hormon dan ujian Ultrasound kepada pasangan wanita.  

Faktor mengapa terdapat kesukaran mengandung termasuklah masalah ovulasi akibat kitaran haid yang tidak normal seperti yang berlaku bagi mereka yang mengalami PCOS. Wanita yang berat badan bertambah boleh mengalami PCOS. Faktor lain termasuklah penyakit endometriosis yang menyebabkan tiub tersumbat atau cyst terbentuk yang memberi kesan kepada telur di ovari. Sesetengah wanita melahirkan anak sebelum ini melalui Caesarean section. Parut caesarean section tersebut tidak sembuh dengan baik di dalam rahim menyebabkan terbentuknya kawasan yang dinamakan sebagai isthmocele. Ada kajian yang menunjukkan isthmocele yang terbentuk menyebabkan kesukaran penempelan embrio. Sekiranya terdapat isthmocele rawatan dalam bentuk pembedahan kecil mungkin perlu dilakukan bagi meningkatkan peluang mengandung.

Selain daripada itu faktor usia wanita juga memainkan peranan yang penting. Kadar kesuburan wanita akan merosot mengikut usia, lebih lagi merosot pada usia 35 tahun dan seterusnya akan menjunam lagi ketika usia 40 tahun. Ada juga rata- rata pasangan yang ujian saringan menunjukkan semuanya berada pada tahap yang normal. Ini dikategorikan sebagai unexplained infertility.

Walaubagaimanapun perlu dinyatakan di sini, secara keseluruhan, peratusan kejayaan menagndung semula bagi wanita yang pernah mengandung sebelum ini adalah lebih baik jika dibandingkan dari wanita yang tidak pernah mengandung.

Apapun yang dihadapi, adalah dinasihatkan pasangan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan bagi membolehkan ujian saringan dan rawatan kesuburan diberikan kepada pasangan yang memerlukan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print