Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
10 TIP UNTUK HAMIL » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-3Z2GrQ

10 TIP UNTUK HAMIL

  1. Kenakan gaya hidup yang sihat. Lakukan senaman. Hadkan minum minuman yang berkafein kepada dua cawan setiap hari.
  2. Sekiranya mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, sawan atau darah tinggi, pastikan ianya dapat dikawal dengan baik sebelum mengandung. Anda perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
  3. Wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk mengambil Asid Folik 400mcg setiap hari 12 minggu sebelum mengandung dan terus mengambilnya sehingga 12 minggu mengandung. Dengan pengambilan Asid Folik, ianya dapat menurunkan risiko bayi menghadapi masalah pembentukan saraf tunjang yang tidak normal (Spina Bifida). Sesetengah wanita memerlukan Asid Folik yang lebih tinggi dosnya. 
  4. Wanita yang ingin mengandung perlu mengambil Vitamin D 10 mcg setiap hari.
  5. Melakukan hubungan seks sekerap 2- 3 hari sekali. Ini dapat meningkatkan peluang mengandung.
  6. Waktu subur selalunya berlaku 14 hari sebelum haid. Waktu subur boleh berubah antara satu kitaran dengan satu kitaran yang lain. Melakukan hunbungan seks sebelum ovulasi berlaku boleh meningkatkan peluang anda untuk mengandung.
  7. Kedudukan posisi ketika hubungan seks, mencapai klimaks atau baring selepas melakukan hubungan seks tidak mempunyai apa apa impak kepada peluang anda mengandung. Sesetengah jel atau krim yang digunakan ketika melakukan hubungan boleh mengurangkan kualiti sperma. Oleh itu baik dielakkan penggunaannya.
  8. Merokok dan vape boleh mengurangkan peluang anda mengandung.
  9. Mempunyai berat badan yang terlalu kurus atau yang berlebihan boleh mengurangkan peluang anda untuk mengandung. Berat badan yang sihat adalah antara apabila BMI antara 19- 25.
  10. Peluang mengandung bagi pasangan yang sihat adalah antara 20- 30% setelah beberapa bulan mencuba. Peratus mengandung meningkat kepada 80% pada tahun pertama. Separuh dari baki peratus yang tidak berjaya mengandung pada tahun pertama akan berjaya mengandung pada tahun seterusnya.   

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print