Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BILAKAH PASANGAN SUAMI ISTERI SEPATUTNYA MULA MENCUBA MENIMANG CAHAYA MATA? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-Gp7Mkl

BILAKAH PASANGAN SUAMI ISTERI SEPATUTNYA MULA MENCUBA MENIMANG CAHAYA MATA?

Oleh kerana kadar kesuburan menurun dengan usia, ramai yang bertanya bilakah patutnya seseorang itu mula cuba mengandung. Apakah peratusan kejayaan untuk mendapat anak pada usia tertentu? Berapa bilangan anak yang diidamkan dan bilakah sepatutnya seseorang itu mula mencuba?

Jika dilihat pada kajian yang dilakukan, terdapat satu hasil kajian yang melihat kepada peratus kejayaan mengandung, bilangan anak yang diidamkan dan berapakah umur seseorang wanita patut mula berusaha mengandung. Berikut adalah kasil kajian tersebut di dalam bentuk jadual.

Peratus KejayaanSeorang anak2 orang anak3 orang anak
Mengandung secara semulajadi tanpa IVF50 %41 tahun38 35
75 %37 34 31
90 %32 27 23
Mengandung menggunakan rawatan IVF50 %42 3936
75 %39 3533
90 %353128

Jadual di atas menunjukkan hasil kajian oleh Habbema, J. D. F., Eijkemans, M. J. C., Leridon, H., & te Velde, E. R. (2015). Realizing a desired family size: when should couples start? Human Reproduction, 30, 2215-2221. Ianya menunjukkan bilakah wanita perlu mencuba bagi mendapatkan 50, 75 dan 90 peratus kejayaan bagi memiliki seorang, dua orang dan tiga orang anak sama ada apabila menggunakan kaedah natural tanpa IVF dan juga apabila menggunakan kaedah IVF.

Sebagai contoh, untuk mendapat peratus kejayaan 90% bagi memiliki 3 orang anak, seseorang wanita itu digalakkan mencuba dari umur 23 tahun bagi mendapatkan peratus kejayaan 90% atau ketika umurnya 31 tahun bagi peratus kejayaan 75% dan pada umurnya 35 bagi peratus kejayaan 50% tanpa menggunakan teknik rawatan IVF. 

Oleh itu untuk menjawab soalan di atas, bilakah pasangan sepatutnya mula mencuba untuk mendapatkan cahaya mata, ianya bergantung pada setiap pasangan dan juga saiz keluarga yang diidamkan. Namun begitu setiap pasangan suami isteri perlu mengetahui bahawa tahap kesuburan akan merosot dengan usia. Umur dan kesuburan lebih terkesan bagi golongan wanita. Kerjaya, ijazah, wang dan harta boleh dicapai bila- bila masa dan tiada hadnya dengan usia. Namun kesuburan mampeunyai hadnya dengan usia. Maka merancang dan bertindaklah dengan bijak. Jangan tunggu lama- lama. Mulakanlah keluarga anda pada usia muda.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print