Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
FAKTA KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-eHLThm

FAKTA KESUBURAN

  • Kadar kesuburan di Malaysia menurun. Pada tahun 1970, kadar purata 4.9 anak dilahirkan bagi setiap pasangan. Kadar ini menurun kepada 4 orang anak pada tahun 1980. Pada tahun 2018, kadar ini menurun buat kali pertamanya di bawah paras penggantian iaitu pada 1.9 orang anak bagi setiap keluarga. Kadar ini dijangkakan akan terus menurun kepada 1.7 orang anak bagi setiap pasangan pada tahun 2050.
  • Kadar kesuburan menurun mengikut usia. Ramai wanita menangguhkan menimang cahaya mata sehingga umur 30-an, di waktu ketika kadar kesuburan seseorang wanita mula menurun.
  • Purata umur ibu pada kelahiran pertama adalah 27.7 tahun pada tahun 2018.
  • Teradapat 16.86 juta lelaki dan 15.8 juta wanita pada tahun 2019. Ini menjadikan nisbah jantina 107 lelaki kepada 100 wanita.
  • Kadar kesuburan menurun dengan usia. Ianya menurun bagi kedua-dua lelaki dan wanita.
  • Kadar kesuburan wanita mula menurun pada usia 30- an. Ianya akan terus menurun pada usia 35 tahun dan kemudiannya mengalami penurunan yang lebih ketara lagi pada usia 40. Wanita akan melalui menopos pada usia awal 50-an.
  • Kadar kesuburan lelaki mula menurun pada usia 40-an.
  • Telur bagi seseorang wanita terbentuk sewaktu beliau berada dalam kandungan ibunya ketika lima bulan dalam kandungan. Telur ini akan berada dalam bentuk dormant sehingga mencecah usia akhil baligh. Dianggarkan seseorang wanita dilahirkan dengan 1 juta telur. Ketika baligh terdapat 400 000 telur. Pada usia menopos terdapat 1 000 telur. Wanita tidak menghasilkan telur yang baru. Usia telur mereka adalah sama dengan usia seseorang wanita.
  • Sperma akan mula dihasilkan apabila seseorang lelaki itu mencecah usia Akhil baligh. Setiap hari berjuta-juta sel sperma akan dihasilkan. Setiap sperma akan mengambil 2 ½ hingga 3 bulan untuk menjadi sperma yang matang.
  • Saiz telur adalah 0.1mm.
  • Saiz sperma dari kepala hingga ke ekornya adalah 0.05 mm.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print