Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
SCAN DALAM & SCAN LUAR » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-tjuX6V

SCAN DALAM & SCAN LUAR

Apa itu scan dalam scan luar ni sebenarnya? Untuk pengetahuan semua, secara umum terdapat dua jenis scan yang kerap digunakan di klinik wanita dan klinik kesuburan. Dua jenis scan ini adalah scan luar/perut juga dikenali sebagai transabdominal ultrasound scan dan scan dalam atau lebih dikenali sebagai transvaginal ultrasound scan.

Alat ultrasound scan menggunakan kuasa bunyi yang dikeluarkan oleh probe dan bunyi ini apabila terkena object akan dihantar semula kepada probe tersebut. Pantulan bunyi ini akan ditukarkan kepada dan kuasa elektrik yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan imej 2D di monitor untuk dianalisa oleh doktor.

Apakah perbezaan transabdominal dan transvaginal scan?

Kedua-dua jenis scan amat berguna. Transabdominal scan memberi imej yang luas atau lebih panoramic untuk organ di perut dan pelvis. Transabdominal hanya memerlukan probe scan di letakkan di atas perut. Manakala transvaginal scan memerlukan probe diletakkan ke dalam faraj. Imej yang terhasil oleh transvaginal scan adalah lebih terhad kepada organ yang berada di pelvis seperti rahim dan ovari.

Oleh kerana transvaginal scan dimasukkan ke dalam faraj, ianya berada lebih dekat dengan rahim dan ovari. Ini menyebabkan transvaginal scan mampu memberikan imej yang lebih jelas terutamanya folikel di dalam ovari. Maka tidak hairanlah mengapa transvaginal scan merupakan pilihan utama bagi saringan wanita dalam klinik kesuburan. Pada masa yang sama transvaginal scan juga digunakan untuk pemantauan kandungan di awal trimester pertama. Ianya mampu mengesan kandungan seawal 5 minggu.

Transabdominal scan menjadi pilihan bagi wanita yang mengandung dari sembilan hingga sepuluh minggu ke atas. Transabdominal scan juga boleh digunakan untk melihat rahim atau fibroid dan cyst. Namun bagi pemantauan pembesar folikel di ovari, transvaginal scan mampu memberi imej yang lebih jelas dan terperinci.

Transvaginal Scan adalah lebih intimate atau sulit…

Transabdominal scan memerlukan pundi kencing yang penuh bagi penghasilan imej yang jelas. Namun begitu bagi transvaginal scan, wanita disarankan untuk mengosongkan pundi kencing sebelum scan bagi keselesaan yang lebih ketika scan dijalankan.

Sakit ketika Transvaginal Scan?

Kebanyakkan wanita tidak mengalami kesakitan ketika transvaginal scan dilakukan. Ianya lebih kepada rasa tidak rasa selesa atau senak. Pemeriksaan transvaginal scan lebih selesa dilakukan apabila pundi kencing kosong.

Adakah Transvaginal Scan merbahaya kepada kandungan?

Setakat ini tidak ada kajian yang menunjukkan melakukan transvaginal ultrasound scan boleh mendatangkan kemudharatan kepada kandungan. Malah ianya merupakan cara pemeriksaan yang utama digunakan di awal kandungan.

Tetapi saya tengah period, bolehkah transvaginal scan dilakukan?  

Ya, boleh. Malah transvaginal scan kerap dilakukan di awal kitaran haid, seperti hari ke-dua atau ketiga haid, untuk memastikan dinding rahim yang nipis dan tidak terdapat cyst atau folikel di ovari sebelum rawatan dimulakan.

Dalam satu kitaran rawatan kesuburan, transvaginal scan perlu dilakukan beberapa kali..

Oleh kerana transvaginal scan memerlukan probe diletakkan ke dalam faraj, ia merupakan pemeriksaan yang intimate atau sulit. Dalam satu kitaran rawatan kesuburan, ianya boleh melibatkan transvaginal scan dilakukan beberapa kali, paling kurang dua hingga tiga kali bagi memantau saiz folikel didalam ovari. Maka tidak hairanlah mengapa privasi wanita perlu dihormati supaya pemeriksaan dapat dilakukan dengan lebih selesa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekiranya terdapat persoalan, anda bolehlah bertanyakan kepada doktor anda.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print