Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
LELAKI JUGA MEMPUNYAI BIOLOGICAL CLOCK! » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-aPlC1M

LELAKI JUGA MEMPUNYAI BIOLOGICAL CLOCK!

Walaupun lelaki menghasilkan sperma setiap hari, namun kesuburan lelaki akan juga menurun sepertimana wanita, cuma pada usia yang agak lewat di antara 40 – 45 tahun. Ianya adalah akibat dari kurangnya bilangan sperma yang dihasilkan. Kualiti sperma juga merosot dengan peningkatan usia tersebut.

Mitos: Lelaki juga mempunyai bological clock!. Walaupun agak lewat dibandingkan dengan wanita.

Bukan sekadar itu sahaja. Lelaki yang menjadi bapa pada usia 45 tahun ke atas didapati boleh memberi kesan kepada kesihatan isteri dan anaknya. Terdapat satu kajian yang menunjukkan lelaki yang berusia 45 tahun ke atas akan meletakkan isterinya berisiko ketika mengandung. Ini berlaku dengan peningkatan risiko kencing manis ketika mengandung, darah tinggi ketika mengandung atau lebih tepat lagi pre-eclampsia dan juga kelahiran pramatang.

Selain daripada itu, anak yang dilahirkan di mana bapanya berusia 45 tahun ke atas juga berisiko untuk dilahirkan tidak cukup bulan, mengalami sawan, mempunyai berat badan yang rendah, mempunyai kecacatan kelahiran seperti masalah jantung atau sumbing (cleft palate).

Risiko di atas dipercayai meningkat akibat dari penurunan paras hormon testosterone yang berlaku akibat proses penuaan, begitu juga dengan kualiti sperma yang merosot dengan usia. Pada usia 45 tahun ke atas, apabila bilangan dan kualiti sperma merosot ianya memberi kesan kepada keupayaan sperma tersebut untuk bersenyawa dan seterusnya memberi kesan kepada kandungan. Para penyelidik menyatakan lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui risiko ini dengan lebih lanjut.

Graph diatas menunjukkan kadar kesuburan lelaki dan wanita yang menurun dengan usia. Kadar kesuburan wanita merosot dengan mendadak pada usia 35 dan seterusnya pada usia 40 tahun ke atas. Kadar kesuburan lelaki merosot lebih lambat bermula dari usia 40- 45 tahun pada kadar yang lebih mendatar. Sumber: https://www.britishfertilitysociety.org.uk/fei/at-what-age-does-fertility-begin-to-decrease/

Buat ketika ini kajian juga menunjukkan penyakit seperti Schizophrenia dan Autism turut memberi kesan melaui usia bapa. Risiko untuk Schizophrenia adalah 1 dari 141 bayi yang dilahirkan dari bapa yang berusia 25 tahun ke bawah. Manakala risiko ini meningkat kepada 1 dari 47 apabila bapanya berusia 50 tahun ke atas. Manakala risiko autism pula meningkat pada usia bapa 30 kemudian mendatar pada usia 40 tahun dan meningkat seterusnya pada usia 50 tahun ke atas.

Apabila disebut biological clock, mungkin ramai yang tahu wanita mempunyai biological clock. Namun lelaki juga mempunyai biological clock. Bukan sahaja kesuburan mereka mula menurun pada usia 40- 45 tahun, tetapi usia bapa 45 tahun ke atas memberi kesan kepada isteri yang mengandung dan bayi yang bakal dikandung. Pada masa yang sama, lelaki masih boleh menghadapi isu kesuburan tanpa sebarang tanda yang jelas, walaupun masih boleh melakukan hubungan seksual seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat sebarang isu atau persoalan lanjut berkenaan perkara ini, anda dinasihatkan agar berbincang dengan doktor atau pakar kesuburan bagi merangka perancangan yang lebih terperinci untuk setiap pasangan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print