Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
MOSAIC - APA ITU EMBRIO MOSAIC? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-3i3tt2

MOSAIC – APA ITU EMBRIO MOSAIC?

Dengan kemajuan Sains dan Teknologi, kini kita boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai embryo yang terhasil dari persenyawaan telur dan sperma. Terdapat istilah baru yang diperkenalkan iaitu embrio mosaic.

Mosaic adalah istilah yang digunakan bagi embrio yang didapati memiliki campuran sel normal dan sel tidak normal semasa ujian genetik dilakukan.Ujian genitec yang dilakukan juga dikenali sebagai Pre- implantation genetic screening (PGS). Ujian dilakukan pada embryio yang berusia lima hari, ianya melibatkan biopsi beberapa jumlah sel dari embrio untuk memeriksa susunan genetik sel tersebut. Semasa pemeriksaan, embriologi dapat mengesan, dan membuat diagnosis, kemungkinan kromosom yang tidak normal. Keadaan yang tidak normal ini, antaranya seperti termasuk perkara-perkara seperti Sindrom Downs dapat dikesan. PGS sekaligus dapat membantu menentukan embrio mana yang dipilih untuk di transfer ke dalam rahim. Sehingga baru- baru ini, mana-mana embrio yang mempunyai sel yang tidak normal tidak akan di transfer ke dalam rahim.

Embrio mosaic adalah istilah yang digunakan bagi embrio yang didapati memiliki campuran sel normal dan sel tidak normal.

Embrio Euploid adalah embrio yang mempunyai sel- sel yang normal.

Namun begitu, hasil dari kajian dan perkembangan sains dan teknologi mendapati embryo yang mempunyai campuran sel yang normal dan tidak normal mungkin masih boleh digunakan untuk di transfer ke dalam rahim. Hasil pemerhatian telah mencatat beberapa tahap kejayaan dalam pemindahan embrio mosaic, dan banyak kelahiran bayi yang sihat. Ramai pengkaji merasakan bahawa sel yang tidak normal akan dipisahkan atau diasingkan ke bahagian tisu kehamilan yang tidak penting untuk perkembangan kromosom bayi.

Walau bagaimanapun, jika sel-sel yang tidak normal tidak berbahaya, embrio akan gagal menempel atau keguguran boleh berlaku. Namun begitu penggunaan embrio mosaic perlu dilakukan dengan berwaspada. Ini kerana penggunaan embrio mosaic masih boleh mengakibatkan kelahiran anak yang tidak sempurna atau tidak sihat. Dengan demikian, penggunaan embrio mosaic harus dipertimbangkan dengan sangat hati-hati dengan pertimbangan penuh akan risiko yang boleh berlaku.

Hasil pemerhatian telah mencatat beberapa tahap kejayaan dalam pemindahan embrio mosaic, dan banyak kelahiran bayi yang sihat

Walaupun ada risikonya, ramai pakar dan pasangan mula mempertimbangkan penggunaan embrio mosaic; terutamanya dalam keadaan kesemua embrio yang terhasil adalah embrio mosaic atau faktor jantina bayi sangat penting bagi ibu bapa. Sekiranya kitaran IVF menghasilkan sebilangan kecil jantina tertentu, dan dari sampel kecil terdapat sedikit embrio yang sesuai untuk dipindahkan, penggunaan embrio mosaic membolehkan ibu bapa menaruh harapan untuk mereka menimang cahaya mata.

Walaupun penyelidikan masih tidak lengkap mengenai embrio mosaic, terutamnya kesan jangka panjang bayi yang dilahirkan dari embrio mosaic, peluang untuk hamil dan menimang cahaya mata dapat memberikan harapan tambahan kepada pasangan yang mengalami kesukaran mengandung.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print