Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
MACAM TIDAK PERCAYA! » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-XFcq5I

MACAM TIDAK PERCAYA!

Salahkah saya bergembira hari ini? Di saat keputusan darah ujian mengandung diberikan oleh doktor seakan tidak percaya bacaan paras hormonnya tinggi- tanda saya mengandung. Atau adakah lebih baik saya kawal perasaan saya agar saya tidak begitu gembira, maklumlah ini baru ujian pertama. Banyak lagi yang perlu saya tempuhi sebelum dapat menimang cahaya mata. Terlalu pessimistik- kah saya? Lebih baik tidak gembira sangat, sebab tidak tahu akan apa yang akan terjadi seminggu dua.

Selepas ujian darah beta hCG, saya perlu meneruskan pengambilan ubat -doktor kata ‘kuatkan rahim’. Apabila ujian darah dibuat, saya dikatakan empat minggu mengandung! Betulkah? Macammana boleh terus dua minggu mengandung. Macam tak percaya! Saya baru menjalani embryo transfer dua minggu lalu. Maksudnya apabila telur dikutip atau dikenali sebagai OPU (Oocyte Pick Up), saya sudah dua minggu mengandung? Tidak masuk akal. Dari mana datangnya pengiraan tersebut?

..dikira sudah empat minggu mengandung…

Jadi sudah 4 minggu mengandung hari ini. Hari yang bersejarah. Big Fat Postive (BFP). Lepas ini doktor kata, akan jumpa dua minggu lagi untuk scan. Scan tu adalah scan enam minggu. Bila scan untuk enam minggu, apa yang diharapkan untuk dilihat adalah kantung kandungan tersebut, lokasinya dan bilangan kantung tersebut. Ini semua terlalu banyak yang perlu saya hadamkan jauh dibenak pemikiran. Apa yang diharapkan tidak sangka membuahkan hasil. Segala usaha dari awal berjumpa doktor, ujian saringan, scan demi scan saya lalui, segala jenis jarum saya cucuk diperut ini, hanya tuhan yang tahu. MasyaAllah. Nah. Ini jawapannya. Jadual seterusnya adalah jumpa doktor dan scan setiap dua minggu. Allahu Akbar!. Semestinya berdegup kencang jantungku tatkala scan dilakukan. Seolah- olah apabila probe scan diletakkan di atas perut, ianya seperti penghukuman di mahkamah!.

Jika difikirkan, masih ada pelbagai macam kemungkinan dan kebarangkalian, paras hormon menurun. Kantung tidak kelihatan. Ini yang dikatakan biochemical pregnancy. Ada juga kemungkinan kantung kelihatan namun, saiznya tidak membesar seperti menurut usia kandungan. Ada juga degupan bayi tidak terkesan pada scan akan datang. Bermaksud keguguran terjadi tanpa diundang. Begitu juga dengan mengandung di luar rahim atau lebih di kenali dengan ectopic pregnancy. Ada banyak lagi kebarangkalian yang boleh berlaku. Seakan penuh kertas untuk disenaraikan segala jenis kemungkinan yang boleh berlaku.

Ada banyak kebarangkalian yang boleh berlaku. Seakan penuh kertas untuk disenaraikan segala jenis kemungkinan..

Saya tidak pasti bagaimana untuk memberi riaksi, samada menangis kegembiraan, atau menangis kerisauan. Namun tidak bolehkah saya gembira untuk seketika waktu. Sekurang- kurangnya, satu halangan sudah diatasi. Biarlah saya merasai nikmat saat ini. Biarlah saya bergembira pada ketika ini.  Usah difikirkan apa yang akan berlaku pada hari esok, lusa atau minggu hadapan. Kerana hari ini, waktu ini dan saat ini adalah amat indah sekali untuk saya menikmati.   

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print