Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
KANSER DAN KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
Cancer Cover

KANSER DAN KESUBURAN

Dengan teknologi dan rawatan yang serba canggih ketika ini, ramai pesakit kanser dapat rawatan dan sembuh sepenuhnya. Ramai yang mampu menjalani hidup seperti biasa. Penyakit kanser dan rawatan yang dijalankan untuk merawat kanser boleh mempengaruhi tubuh badan kita. Ini termasuklah sistem reproduktif.  Rawatan susulan seperti kemoterapi, radioterapi dan pembedahan untuk membuang kanser juga turut boleh memberi kesan negatif kepada ovari dan testis.

Secara amnya, semakin tinggi dos dan semakin lama rawatan, semakin besar kesannya kepada sistem reproduktif. Kesan ini bergantung pada usia, jenis ubat digunakan, kawasan yang menerima radiasi dan faktor lain seperti jenis kanser yang dihadapi. Perbincangan yang mendalam amat diperlukan bagi memastikan anda tahu akan apakah jenis rawatan yang akan diterima dan apakah langkah yang boleh diambil bagi memelihara kesuburan anda.

Faktor yang Mempengaruhi Kesuburan:

Diagnosis Kanser

Kanser itu sendiri boleh menyebabkan ketidaksuburan. Sebagai contoh kanser testis dan penyakit Hodgkin (penyakit darah) boleh menghasilkan jumlah sperma yang rendah pada sesetengah lelaki sebelum rawatan bermula.

Kemoterapi

Kemoterapi boleh merosakkan sperma dan telur. Bergantung dengan jenis ubat kemoterapi yang diambil, ubat kemoterapi yang dalam kelas alkilasi adalah yang paling memberi kesan buruk kepada kesuburan. Ubat yang berasaskan platinum dan ubat kemoterapi lain juga boleh memberi kesan kepada telur dan sperma. Faktor lain seperti usia, jenis ubat dan jumlah dos juga boleh mempengaruhi risiko ketidaksuburan.

Terapi Radiasi

Terapi sinaran boleh merosakkan sistem reproduktif. Sinaran ke otak boleh mempengaruhi kesuburan dengan merosakkan kelenjar yang mengawal pengeluaran hormon. Terapi radiasi yang ditujukan ke atau dekat kawasan pelvis secara langsung boleh mempengaruhi testis atau ovari yang boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Pembedahan

Pembedahan yang membuang sebahagian atau seluruh sistem pembiakan boleh merosakkan atau malah menyebabkan kemandulan. Sekiranya barah merebak dan melibatkan testis, ovari, rahim, serviks, atau saraf di perut dan pelvis, dan pembedahan terpaksa dilakukan, maka adalah penting untuk berbincang dengan doktor pakar onkologi serta doktor pakar kesuburan bagi berbincang mengenai keupayaan dan peluang untuk memiliki zuriat untuk masa akan datang.

Pasangan TTC disaran agar mendapat nasihat doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang perkara ini.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print