Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
FRESH ATAU FROZEN EMBRYO TRANSFER? » Laman Fertiliti Kernamu
Embryo

FRESH ATAU FROZEN EMBRYO TRANSFER?

Ramai pasangan yang menjalani rawatan IVF pernah terdengar dan membaca mengenai fresh dan frozen embrio transfer. Namun apakah perbezaan antara fresh dan frozen embryo transfer? Bilakah embryo itu boleh di transfer secara fresh dan bilakah masanya untuk melakukan frozen embryo transfer?

Seperti yang anda ketahui, kitaran IVF melibatkan rangsangan ovari dan pengambilan telur. Telur kemudian disenyawakan dan embrio terhasil di makmal. Dengan pemindahan fresh embrio, pemindahan embrio dilakukan selalunya pada tiga atau lima hari selepas telur dikutip. Dalam kitaran frozen embryo transfer pula, embrio telah terhasil sebelumnya, kadang-kadang bertahun-tahun lebih awal, dan kemudian akan dimasukkan ke dalam rahim.

Dengan pemindahan fresh atau frozen, endometrium atau lapisan rahim perlu ‘dipersiapkan’ supaya embrio dapat menempel dengan lebih baik. Endometrium biasanya diperiksa dengan ultrasound untuk melihat adakah ia mempunyai ketebalan dan corak yang sesuai. Dengan pemindahan fresh, estrogen dikeluarkan oleh folikel di ovari secara semula jadi membantu menebalkan endometrium. Dengan frozen transfer, wanita perlu mengambil estrogen dalam bentuk pil atau krim bagi menebalkan endometrium.

Kini dengan teknologi yang canggih, frozen embryo transfer mempunyai kadar kejayaan yang sama dengan fresh transfer. Teknik frozen embryo transfer menjadi lebih kerap berbanding waktu dahulu. Terdapat beberapa sebab mengapa pasangan disaran oleh doktor untuk melakukan frozen embryo transfer.

Salah satu sebab yang paling biasa berlaku adalah terdapat lebihan embrio dari kitaran sebelum ini. Sekiranya pasangan tidak hamil, atau keguguran maka mereka boleh menggunakan embrio yang telah terhasil sebelumnya.

Antara sebab utama mengapa embrio dibekukan dan fresh embrio transfer tidak dilakukan adalah disebabkan oleh risiko Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS). OHSS berlaku apabila terdapat banyak telur yang terangsang dan menyebabkan seseorang wanita tersbut mengalami symptoms seperti perut kembung, sesak nafas akibat dari air yang terkumpul di dalam perut dan dada.

Adalah lebih selamat untuk melakukan frozen embryo transfer agar paras hormone kembali pada asal sebelum melakukan embryo transfer.

Selain daripada itu peningkatan paras hormone progesteron semasa rangsangan ovari, menyebabkan kebimbangan bahawa embrio dan rahim tidak selari perkembangannya. Sekiranya fresh transfer dilakukan ketika paras hormone progesterone tinggi ini boleh memberi kesan kepada kejayaan penempelan embrio tersebut.  

Pasangan yang ingin melakukan ujian genetic embrio perlu membekukan embrio sementara menunggu keputusan ujian.

Akhirnya, jika terdapat masalah dengan endometrium, seperti polip atau endometrium nipis, pemindahannya mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga rahim dapat dinilai sepenuhnya.

Namun begitu bagi pasangan yang tidak mempunyai sebarang halangan, fresh embryo transfer boleh diteruskan. Sekiranya pasangan berjaya mengandung, fresh embryo transfer memendekkan tempoh untuk mengandung dan mengurangkan kos rawatan IVF.

Apapun situasi anda, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda bagi mendapatkan perancangan yang lebih teliti. Yang penting adalah untuk setiap pasangan memahami akan keadaan yang sangat dinamik dan mempunyai ruang fleksibiliti sekiranya terdapat perubahan yang berlaku sepanjang rawatan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print