Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
JAMU KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-42JqUB

JAMU KESUBURAN

“Doktor boleh tak saya makan jamu atau pil kesuburan?”

“Kenapa ya puan nak makan jamu tu?”

“Saya nak tingkatkan kesuburan sayalah supaya senang mengandung”

“Puan sudah lima tahun berumah tangga, jadi apakah masalah kesuburan yang sedang puan hadapi?”

“Saya tak pasti doktor, sebab saya tidak pernah pun buat pemeriksaan kesuburan.”

“Kalau macam tu, macammana puan tahu makan jamu atau pil tersebut boleh tingkatkan kesuburan?”

“Maksud doktor apa?”

“Maksud saya, tanpa melakukan sebarang pemeriksaan bagi menentukan masalah yang puan atau suami hadapi, macammana puan boleh tahu yang jamu ini boleh mengatasi masalah kesuburan yang dihadapi?”

Begitulah kadangkala perbualan saya bersama pasangan apabila persoalan pengambilan jamu atau pil kesuburan ditanya. Ramai pasangan yang cuba mengambil berbagai jenis makanan tambahan (supplement) terlebih dahulu sebelum datang membuat pemeriksaan saringan kesuburan bagi menentukan masalah yang dihadapi.

Kita tidak tahu apakah kandungan dalam pil atau jamu tersebut.

Mungkin kerana disebabkan keinginan menimang cahaya mata yang teramat maka ramai yang mengharapkan ianya menjadi sebagai ‘magic portion’ atau ubat mujarab. Seolah-olah dengan mengambilnya ‘dipercayai’ ubat jamu itu mampu bertindak di dalam badan dan menyebabkan wanita itu hamil dan tidak perlu diselidik kandungan atau bagaimana cara ianya bertindak balas di dalam badan. Kesan terhadap sistem reproduktif, fisiologi badan dan bagaimana fungsinya di dalam badan – itu semua tidak penting. Kerana ‘dipercayai’ ubat tersebut mampu membuatkan wanita hamil. Lihat sahajalah pada testimoni yang datang bersama ubat ini. Walaupun diketahui bahawa testimoni bukanlah bukti kukuh seperti kajian sains yang dibuat pada ubat-ubatan.

Ada pelbagai jenis makanan tambahan seperti jamu dan pil kesubuaran di pasaran. Kebanyakkan darinya didaftarkan di bawah akta makanan tambahan dan bukan di bawah akta ubat. Maka kandungan aktifnya tidak diketahui secara terperinci. Ada yang perlu dimakan bersama dengan makanan tambahan yang lain dan ada juga yang berisiri-siri. Selain dari kos, masa yang dihabiskan adalah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti.

Mungkin wang boleh dicari, tetapi masa dan usia yang berlalu sudah tentu tidak akan kembali.

Ini kerana umum mengetahui bahawa usia wanita adalah faktor utama dalam menentukan kadar kesuburan dan kejayaan rawatan kesuburan. Kita tidak tahu apakah kandungan dalam pil atau jamu tersebut. Adakah ianya benar-benar membantu kesuburan atau pun tidak? Adakah ianya boleh bertindak dengan ubat kesuburan yang diambil bersama ataupun tidak membawa mudharat kepada buah pinggang, hati atau kesihatan diri secara amnya.

Kesimpulannya, setiap pasangan perlu membuat saringan terlebih dahulu bagi menentukan apakah faktor yang menghalang untuk hamil kerana setiap pasangan adalah berbeza. Adakah disebabkan oleh sperma atau telur yang tidak membesar atau tiub tersumbat atau berbagai lagi masalah yang mungkin dihadapi. Bolehkah satu pil menyelesaikan berbagai masalah kesuburan lelaki, wanita atau keduanya? Janganlah dipejamkan mata dan membuat keputusan berdasarkan dengan mengharap semata-mata. Mungkin wang boleh dicari, tetapi masa dan usia sudah tentu tidak akan kembali.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print