Tahukah anda setakat ini lebih dari 8 juta bayi telah dilahirkan melalui teknik rawatan IVF. Dianggarkan 1-2% populasi dunia adalah terhasil dari rawatan IVF. Bayi yang pertama dilahirkan melalui teknik IVF kini sudah berusia 42 tahun. Ini bermakna teknologi rawatan kesuburan IVF sudah berusia lebih dari 40 tahun.
Namun begitu masih ramai lagi masyarakat yang memandang serong kepada rawatan IVF. Ada yang menganggap rawatan IVF adalah tidak normal. Terlalu banyak ubat yang digunakan. Ada yang mengatakan ianya sebagai cuba menolak takdir (playing god). Kebanyakkan masyarakat menganggap rawatan IVF adalah salah satu ikhtiar dan usaha rawatan yang boleh diambil bagi merialisasikan impian menimang cahaya mata.
Rawatan IVF melibatkan pengambilan telur yang matang dan persenyawaan bersama sperma dilakukan di dalam makmal. Embrio yang terhasil akan diletakkan semula ke dalam rahim.
Mengikut kajian pasangan yang melakukan rawatan IVF berjaya menimang cahaya mata pada kadar sekitar 30- 50%. Ianya bergantung kuat pada usia wanita dan faktor mengapa rawatan kesuburan perlu dilakukan.
Sehingga kini tidak ada data yang menyatakan bayi yang dilahirkan tidak sihat berbanding dengan bayi yang lain. Malah adalah sukar untuk membezakan bayi IVF dari bayi yang lain.
Teknik rawatan IVF bukan sahaja digunakan dikalangan mereka yang mempunyai masalah kesuburan. Rawatan IVF juga boleh digunakan untuk menghalang penyakit keturunan seperti Thalassaemia untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Ianya melibatkan ujian genetik dilakukan kepada embrio. Hanya embrio yang sihat yang tidak mempunyai penyakit tersebut diletakkan semula ke dalam rahim.
Antara komplikasi IVF termasuklah hyperstimulasi yang berlaku pada ovar atau dikenali sebagai OHSS. Namun risiko OHSS dapat dikurangkan dengan efektif sekiranya langkah awal diambil seperti menggunakan sukatan hormon yang rendah, menggunakan protokol yang pendek dan embrio diletakkan ke dalam rahim pada kitaran akan datang. Bayi kembar juga adalah salah satu risiko IVF. Ini dapat dikurangkan dengan hanya meletakkan satu embrio pada satu ketika ke dalam rahim.
Secara kesimpulannya, rawatan IVF kini sudah menjangkau lebih dari 40 tahun, walaupun data adalah terhad mampu menunjukkan rawatan IVF adalah selamat. Dengan meningkatnya peratusan ketidaksuburan di kalangan masyarakat, lebih ramai akan memerlukan rawatan ini.
Terkadang ada yang segan untuk tampil kehadapan dan bertanyakan mengenai IVF. Oleh itu anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi di kernamu.com. Anda juga digalakkan untuk menghubungi doktor fertiliti anda jika terdapat sebarang persoalan atau kekeliruan. Semoga segala usaha dipermudahkanNya.
www.sopheafertility.com