Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
DIET & SUPPLEMENT » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-jRcYwt

DIET & SUPPLEMENT

Ramai pasangan ttc yang bertanyakan ada apa- apa yang perlu kami lakukan atau ambil untuk tingkatkan kesuburan kami? Ini semestinya antara perkara yang sering bermain difikiran. Semasa ttc, anda harus makan makanan yang sihat dengan pengambilan protein, karbohidrat, lemak sihat, vitamin dan mineral yang seimbang . Ini bukan sahaja memberi bayi anda permulaan yang baik tetapi juga akan memberi anda peluang yang terbaik untuk hamil.

Makanan seimbang yang merangkumi:

  • Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Karbohidrat kompleks – bijirin penuh seperti beras perang, gandum dan roti gandum
  • Makanan organik jika boleh
  • Ikan, kacang, biji- bijian
  • Kurangkan pengambilan lemak tepu (saturated fats) dari produk tenusu
  • Elakkan lemak trans
  • Tingkatkan pengambilan serat
  • Lebih banyak ikan dan telur organik daripada daging merah
  • Elakkan bahan tambahan, pengawet dan bahan kimia, seperti pemanis buatan
  • Kurangkan atau elakkan gula termasuklah gula yang tersembunyi dalam makanan
  • Kurangkan atau hentikan pengambilan kafein misalnya kopi, teh, coklat, cola
  • Pengambilan garam yang rendah
  • Hindarkan dari makan makanan yang diproses sebanyak mungkin

Berat

Kesuburan boleh dipengaruhi oleh berat badan. Berat badan yang tinggi  atau berat badan yang kurang akan menganggu kesuburan anda. Jadi anda dan pasangan harus mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya selama 3-6 bulan sebelum mengandung dan harus mengekalkan ini sepanjang kehamilan anda. Cara mudah untuk memeriksa bahawa berat badan adalah optima adalah dengan hitung Indeks Jisim Badan anda (BMI). BMI yang sihat adalah antara 18.5 dan 24.9.

Asid folik

Vitamin ini penting dalam perkembangan awal bayi dan dapat mencegah spina bifida. Ia adalah penting sebelum dan semasa mengandung. Adalah disyorkan agar semua wanita yang ttc untuk mengambil 400mcg asid folik setiap hari tiga bulan sebelum mereka hamil dan seterusnya sehingga dua belas minggu mengandung.

Zinc

Zinc adalah nutrien yang banyak dikaji dari segi kesannya kepada kesuburan untuk lelaki dan wanita, dan kekurangan zinc dapat menyebabkan perubahan kromosom yang menyebabkan penurunan kesuburan dan peningkatan risiko keguguran. Zinc berada dalam kepekatan tinggi dalam sperma dan diperlukan untuk membuat lapisan luar dan ekor sperma.

Selenium

Selenium adalah antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari radikal bebas. Tahap selenium yang baik membantu memaksimumkan pembentukan sperma. Paras selenium darah didapati lebih rendah pada lelaki yang mengalami bilangan sperma yang rendah.

Asid Lemak Omega 3

Omega 3 yang terdapat pada ikan, kacang dan biji berminyak mempunyai kesan pada setiap sistem badan, termasuk sistem pembiakan dan ia sangat penting untuk fungsi hormon yang sihat. Untuk lelaki, suplemen Omega 3 penting adalah kerana air mani kaya dengan prostaglandin dihasilkan dari Omega 3. Lelaki dengan kualiti sperma yang rendah, sperma yang tidak normal, pergerakan yang lemah atau jumlah yang rendah, boleh mempunyai kekurangan jumlah prostaglandin.

Disamping itu, Asid lemak omega 3 sangat penting untuk perkembangan otak bayi.

Vitamin C & E

Vitamin C & E adalah antioksidan yang boleh membantu kesuburan terutamanya oleh kerana faktor usia wanita dan lelaki.

L-Arginine

Ini adalah asid amino yang terdapat dalam banyak makanan. Kepala sperma mengandungi jumlah L-Arginine yang tinggi. , yang penting untuk pengeluaran sperma. Melengkapkan dengan L-arginine boleh membantu meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.

L-Carnitine

Asid amino ini penting untuk fungsi sel sperma yang normal.

Co-enzyme Q10

CoQ10 dapat meningkatkan tindak balas (respon) ovari dalam dalam rawatan kesuburan. Ianya juga dapat meningkatkan pergerakan sperma.

Kita Q10 (CoQ10) dengan sendirinya. Tetapi dengan meningkatkan jumlah Co-Q10 dalam aliran darah dapat memberi manfaat terutamanya jika menjalani rawatan IVF. Satu kajian 2018 mendapati bahawa pra-suplemen dengan CoQ10 meningkatkan respon ovari bagi wanita yang menjalani IVF.

Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan, kajian baru-baru ini (satu yang diterbitkan pada tahun 2019 dan satu pada tahun 2020) menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 dapat meningkatkan kepekatan dan pergerakkan sperma pada lelaki.

Vitamin D

Vitamin D dapat meningkatkan respon ovari dan kualiti air mani.

Beberapa kajian telah menghubungkan kekurangan “vitamin sinar matahari,” vitamin D, dengan ketidaksuburan pada wanita. Analisis 2019 mendapati tahap vitamin D rendah pada wanita yang mengalami ketidaksuburan kerana PCOS.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam fungsi kesuburan wanita dan lelaki. Penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D mungkin dikaitkan dengan ketidaksuburan pada lelaki dan wanita.

Gaya hidup

Mengambil suplemen vitamin: Mengambil suplemen multi-vitamin dan mineral yang baik dapat membantu ketika ttc (memastikan bahawa setiap kehamilan adalah dirancang) serta makan makanan yang sihat.

Merokok: Berhenti merokok mungkin merupakan perkara paling penting yang dapat anda dan pasangan lakukan untuk kesihatan anda kerana merokok memberi kesan kepada kesuburan lelaki dan wanita.

Begitulah antara diet, supplement dan gaya hidup yang boleh dilakukan oleh ttc. Namun begitu kesannya kepada kesuburan adalah terhad. Mengamalkan gaya hidup yang sihat mengambil supplement perlu dilakukan seiringan dengan rawatan kesuburan dibawah nasihat doktor pakar anda. Jika terdapat apa-apa kemusykilan anda boleh bertanyakan kepada doktor anda bagi mendapat kepastian. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

7 thoughts on “DIET & SUPPLEMENT”

  1. Assalamualaikum doc & team ,

    Saya ingin bertanyakan jika sudah mengambil multivitamin yang sudah mengandungi folic asid , adakah perlu untuk mengambil folic asid tambahan ? Atau sudah memadai mengambil multivitamin ? Terima kasih .

    • Wsalam. Bagi wanita yang tidak berisiko (tiada penyakit kencing manis atau sawan, sebagai contoh) mereka memerlukan Folic asid 400mcg sehari. Namun bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis atau sawan (epilepsy) mereka memerlukan dos Folic acid yang lebih tinggi iaitu 5mg sehari. Selalunya di setiap packaging multivitamin akan menuliskan dos folic asid yang terkandung di dalamnya. Sekiranya anda tiada risiko, Folic acid 400mcg sehari sudah memadai.

  2. Salam Dr. Salleha, boleh bagi pandangan mengenai supplement L-glutathione untuk kualiti sperm dan telur, serta dose yg sesuai. Terima kasih.

    • Salam puan. Ada byk formulation utk L-glutathione. Boleh ikut shj recommendation yang ada pada botol supplement tersebut. Ini kerana kebanyakkannya adalah dalam bentuk multivitamin (bercampur dgn supplement2 yg lain)

  3. Salam Dr Salleha, bolehkah sy makan ubat folic acid dengan supplement vitamin D sekali untuk mencuba mengandung? Terima kasih

Comments are closed.