Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
ROKOK & SPERMA » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-NAgWpY

ROKOK & SPERMA

“Doktor kalau betul rokok ini memberi kesan kepada sperma mengapa ramai orang merokok dan ramai dari mereka mempunyai anak. Macam kawan saya, dia merokok lagi heavy dari saya, tapi anak berderet aje doktor?”

Rokok boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan lelaki dan wanita. Merokok akan meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung, peparu dan juga kanser. Rokok juga memberi kesan yang buruk kepada kesuburan lelaki dan juga wanita.

Dari segi kesuburan, sekiranya kita lihat, banyak kajian telah membuktikan rokok memberi kesan kepada sperma. Lelaki yang merokok boleh mempunyai bilangan sperma yang kurang, kadar pergerakkan sperma yang rendah dan bentuk sperma yang tidak normal. Rokok akan memberi kesan yang lebih kepada lelaki yang mengalami sudah mengalami bacaan sperma yang suboptimal.

Bagaimana Sperma terkesan?

  • Merokok akan mengurangkan bilangan sperma (sperm concentration) sehingga lebih 20%.
  • Merokok akan mengurangkan pergerakkan sperma (sperm motility) sehingga lebih dari 10%. Pergerakkan sperma yang normal diperlukan bagi membolehkan sperma bergerak menuju tiub fallopian dan bersenywa dengan telur.
  • Merokok akan menjejaskan bentuk sperma (sperm morphology). Sperma yang tidak mempunyai bentuk yang normal tidak mampu bersenyawa dengan telur.  
  • Merokok boleh menyebabkan kandungan DNA dalam sperma terjejas atau juga dikenali sebagai DNA fragmentation. Ada kajian yang menunjukkan sperma yang mempunyai kadar DNA fragmentation yang tinggi akan mempunyai masalah persenyawaan, embrio terhasil tidak membahagi dengan normal, embrio tidak mampu menempel di dinding rahim dan risiko keguguran.

Toksin seperti cadmium dan plumbum yang ada di dalam rokok tersebut adalah antara penyebab mengapa sperma terjejas.

Bagaimana pula dengan pasangan anda?

Banyak kajian yang menunjukkan, pasangan wanita juga terjejas. Kesuburan isteri yang suaminya merokok walhal isterinya adalah perokok pasif  juga akan terjejas. Kajian menunjukkan kadar bilangan telur yang dapat diambil ketika melakukan rawatan IVF kurang lebih 40% dikalangan isteri yang suaminya merokok.

Bagaimana pula dengan kadar kejayaan rawatan kesuburan ?

Kadar kejayaan rawatan kesuburan seperti IVF/ICSI juga terjejas. Peratus mengandung bagi wanita yang suaminya merokok didapati kurang dari wanita yang suaminya tidak merokok. Ada kajian menunjukkan peratus kejayaan mengandung 22% di kalangan suami yang merokok dan 38% bagi mereka yang tidak merokok.

Oleh itu merokok, bukan sahaja kesihatan akan terjejas, sperma juga akan terjejas. Begitu juga kejayaan rawatan kesuburan turut terjejas. Maka tidak hairanlah mengapa di sesetengah tempat, pasangan yang merokok tidak diberikan bantuan untuk melakukan rawatan kesuburan.  

Jawapan saya bagi persoalan di atas, saya akan katakan setiap orang bahagiannya lain. Rezeki kita juga berbeza. Apa yang boleh kita buat adalah apa yang ada dalam diri kita sendiri. Maka letakkanlah segala usaha dan tenaga yang ada untuk berhenti merokok. Sayangilah diri dan keluarga anda. Anda boleh lakukannya.  

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print