Pasangan boleh hadir untuk kosultasi pertama pada bila-bila masa. Kebiasaannya, semua ujian akan dijalankan pada hari yang sama. Namun begitu, keputusan ujian mungkin akan mengambil masa beberapa hari dan doktor akan berbicang semula dengan pasangan setelah semua keputusan ujian didapati bagi merancang rawatan yang bersesuaian.
Terdapat 3 ujian penting yang dilakukan dalam ujian saringan kesuburan (fertility screening):
1. Imbasan Ultrasound Transvaginal (TVS scan) atau pelvis scan
Dijalankan kepada isteri tanpa mengambil kira kitaran haid pada hari tertentu. Dalam erti kata lain, ianya boleh dilakukan ketika haid ataupun bersih. Scan ini akan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kebanyakkan wanita tidak rasa sakit ketika prosedur scan dilakukan, namun lebih kepada tidak selesa ataupun senak.
Ultrasound transvaginal membolehkan doktor menilai struktur yang ada dalam pelvis wanita dan memberikan gambaran jelas tentang ovari, lapisan endometrium dan rahim. Prosedur ini boleh mendiagnosis masalah kesuburan yang berpotensi dan seterusnya membantu doktor menentukan ubat dan rawatan yang tepat.
2. Ujian hormon AMH
Ujian AMH sering dijalankan untuk memeriksa keupayaan wanita menghasilkan ovum (telur) yang boleh disenyawakan untuk kehamilan. Ovari wanita boleh menghasilkan beribu-ribu telur semasa tempoh subur. Namun begitu, jumlah ini berkurangan apabila seorang wanita semakin meningkat usia. Tahap AMH membantu doktor menentukan berapa banyak sel telur yang masih tersedia untuk seorang wanita. Ini dikenali sebagai rizab ovari atau ovarian reserve.
3. Analisis Sperma
Analisis atau ujian sperma bertujuan menentukan bilangan sperma yang dihasilkan,bentuk dan bagaimana ia bergerak. Air mani adalah cecair pekat dari zakar lelaki ketika proses ejakulasi semasa aktiviti seksual. Air mani bersama sperma yang keluar dari badan lelaki akan bersenyawa dengan ovum (telur) bagi menghasilkan embrio (peringkat pertama kehamilan).
Untuk analisa sperma, ujian ini memerlukan suami melakukan ejakulasi sekali sebelum 3-5 hari dari tarikh ujian sperma dilakukan; dan pastikan tiada ejakulasi selepas dari itu sehingga pada hari ujian tersebut dijalankan.
KESIMPULAN
Ketiga-tiga ujian ini adalah penting bagi membolehkan doktor mendapat gambaran yang menyeluruh supaya penilaian yang tepat serta rawatan yang sesuai dapat dijalankan untuk pasangan. Maka adalah dinasihatkan untuk kedua pasangan agar hadir menjalani ujian saringan kesuburan pada masa yang sama.
4 thoughts on “PEMERIKSAAN KESUBURAN: APA YANG TERLIBAT”
Berapa harga utk buat rawatan kesuburan ni?
Kos rawatan bergantung dgn rawatan yang diperlukan seperti ubat clomid, IUI atau IVF
Jenis rawatan adalah berdasarkan keputusan ujian saringan yang menentukan isu yang dihadapi
Salam doctor,berapa ke kos Untuk ujian kesuburan ni ?
Kos berbeza mengikut tempat anggaran antara RM500-1K
Boleh cuba call dulu klinik atau hospital untuk kepastian
Comments are closed.