Para penyelidik telah mengenal pasti akan jumlah bilangan sperma yang diperlukan bagi meningkatkan kejayaan kehamilan melalui teknik rawatan IUI.
Kajian kini mendapati bahawa walaupun kadar kehamilan tertinggi dicapai dengan jumlah sperma yang bergerak adalah berada lebih dari 9 juta.
IUI adalah rawatan kesuburan yang biasa digunakan untuk pasangan yang mengalami kesukaran mengandung. Ianya adalah salah satu pilihan utama bagi pasangan yang sebab kesukaran mengandung tidak dapat dikenal pasti (Unexplained Subfertility). Rawatan IUI melibatkan ubat diberikan untuk merangsang kematangan telur. Seterusnya apabila terlu sudah matang, sampel sperma dari pasangan lelaki akan diproses dan ‘dicuci’ dengan menggunakan larutan khas yang dapat menarik sel sperma yang aktif bergerak. Ia kemudiannya dimasukkan terus ke dalam rahim pasangan wanita pada waktu telurnya matang. Proses IUI ini adalah jauh lebih murah dan kurang invasif berbanding IVF.
Setakat ini terdapat banyak penyelidikan yang mengkaji faktor-faktor yang dapat meramalkan peratus kehamilan dari rawatan IUI. Banyak yang menumpukan pada faktor wanita seperti usia atau bilangan folikel ovari yang matang. Kajian yang berkaitan dengan jumlah sperma lelaki dan hubungannya dengan kejayaan IUI adalah terhad.
Kini dengan adanya data dalam kajian yang terbesar untuk mengkaji hubungan antara jumlah sperma aktif selepas diproses dan kejayaan IUI, para penyelidik mendapati bahawa jumlah sperma yang aktif selepas ‘dicuci’ lebih dari sembilan juta akan memberi peluang terbaik untuk mencapai kehamilan.
Kajian ini melibatkan lebih 37,000 pesakit IUI yang menjalani 92,471 kitaran IUI di institusi kesuburan antara tahun 2002 dan 2018. Setelah mengambil kira usia wanita, indeks jisim badan (BMI) dan protokol rangsangan ovari, hasil menunjukkan bahawa kadar kehamilan tertinggi berlaku dengan jumlah sperma aktif bergerak lebih dari sembilan juta. Jumlah ini dikaitkan dengan kadar kehamilan setiap kitaran sebanyak 16.7 peratus.
Namun begitu, kajian itu juga melaporkan terdapat kehamilan yang berlaku pada pasangan yang mempunyai jumlah sperma bergerak serendah 250, 000. Tetapi ianya jarang sekali berlaku di mana peratus kehamilan adalah serendah 4.6%.
Oleh itu, jumlah sperma yang bergerak aktif selepas ‘dicuci’ boleh membantu pasangan dalam membuat keputusan akan rawatan manakah yang sesuai. Ianya sekaligus dapat meningkatkan kejayaan IUI.