Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
AMH » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-AqXPgc

AMH

AMH adalah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh telur- telur di ovary yang masih melalui proses kematangan. Ujian ini adalah ujian darah yang dilakukan di klinik kesuburan bagi mengetahui tahap kesuburan seseorang wanita.

Ujian AMH sering digunakan untuk memeriksa kemampuan wanita menghasilkan telur yang dapat disenyawakan semasa rawatan kesuburan dijalankan. Seperti yang kita ketahui, wanita dilahirkan dengan jumlah yang terhad. Wanita tidak mengeluarkan telur yang baru. Jumlah telur yang terhad itu akan merosot dengan usia sehingga usianya capai menopause.

Paras AMH dapat membantu menunjukkan berapa banyak telur yang berpotensi untuk dirangsang setiap bulan. Ini juga dikenali sebagai rizab telur wanita. Sekiranya rizab telur wanita adalah normal, dia mungkin mempunyai peluang yang baik untuk hamil. Dia juga mungkin boleh menangguhkan hajatnya untuk mengandung untuk buat seketika. Sekiranya rizab telur rendah, wanita tersebut dinasihatkan untuk tidak menangguhkan atau melengahkan usaha untuk menimang cahaya mata.

Patutkah saya menangguhkan hajat untuk menimang cahaya?

Paras hormone AMH adalah bergantung dengan usia wanita tersebut. Maka paras AMH yang normal bagi seseorang wanita berbeza mengikut usia mereka. Banyak perkara yang masih belum diketahui mengenai rizab telur wanita. Mengapa sesetengah wanita rizabnya tinggi? Mengapa ada yang rendah? Wanita yang masih muda atau mengalami PCOS mempunyai paras yang tinggi. Manakala wanita yang mempunyai endometriosis, atau telah melalui pembedahan buang cyst di ovari atau melalui kemoterapi, rizab telur yang boleh menjadi kurang dari paras yang dianggarkan oleh usia mereka. Namun terdapat juga wanita yang dilahirkan dengan jumlah telur yang lebih sedikit dari wanita yang lain. Atau mereka kehilangan jumlah telur yang lebih banyak setiap bulan menyebabkan rizab telur yang lebih rendah.

AMH tidak boleh memberi ramalan siapakah yang akan berjaya mengandung..

Mengapa perlu AMH?

Paras AMH boleh membantu doktor untuk merancang dan memilih protokol stimulasi IVF yang mana paling sesuai untuk digunakan. Ianya juga membantu doktor untuk membuat keputusan dalam penggunaan jenis ubat serta dos ubat yang lebih tepat agar respon yang didapati adalah respon yang optimum bagi setiap wanita. Ia juga boleh membantu doktor mengurangkan berlakunya sebarang komplikasi seperti tiada rangsangan langsung atau terlebih rangsang seperti risiko hyperstimulasi syndrome (OHSS). Maka tidak hairanlah mengapa ujian AMH ini menjadi salah satu ujian asas ketika saringan kesuburan dilakukan.

Sekiranya AMH berada pada paras yang tinggi ini mungkin bermaksud anda mempunyai lebih banyak telur yang tersedia untuk dirangsang. Paras AMH yang rendah bermaksud anda mungkin mempunyai lebih sedikit telur yang boleh dirangsang. Sekiranya paras AMH terlalu rendah, dimana ada kemungkinan tiada response atau telur yang akan membesar apabila diberi rangsangan. Oleh itu jumlah hormone yang digunakan perlulah mengikut paras AMH anda.

Adakah saya akan menopause awal sekiranya AMH rendah?

Walaupun AMH boleh memberitahu mengenai rizab telur dan response terhadap rangsangan yang diberikan, ianya tidak dapat digunakan untuk membuat ramalan akan kejayaan rawatan kesuburan. Ini bermaksud AMH tidak boleh menentukan siapa yang akan mengandung dan sebaliknya. Mempunyai AMH yang tinggi tidak semestinya akan dapat mengandung dan begitu juga sekiranya mempunyai AMH yang rendah tidak semestinya tidak boleh mengandung.

Begitu juga AMH tidak boleh digunakan untuk menentukan bilakah menopause akan berlaku. Ini adalah kerana selagi ada kitaran haid, selagi ada telur yang membesar dan matang, walaupun hanya satu sahaja peluang mengandung akan tetap ada.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print