Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
KESERASIAN PASANGAN & DOKTOR » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-yQQ9nT

KESERASIAN PASANGAN & DOKTOR

Rawatan kesuburan ada kalanya lurus dan singkat. Tapi ada kalanya boleh menjadi panjang berlingkang lengkok. Apabila pasangan datang ke klinik kesuburan buat kali pertama, kebanyakkan pasangan pastinya telah membuat penyelidikan dan mengetahui siapakah yang akan merawati mereka serta latarbelakang doktor yang merawat. Pada temujanji pertama, selalunya doktor akan bertanyakan latarbelakang dan membuat ujian saringan kepada pasangan tersebut. Selepas ujian saringan dilakukan, perancangan rawatan kesuburan akan dibicangkan dan dirancangkan bersama berdasarkan keputusan yang didapati.

Semasa proses awal ini, hubungan doktor dan pasangan akan terbentuk. Selalunya kedua pasangan dan doktor akan mengetahui samada mereka serasi atau tidak sejak dari awal lagi. Namun, adalah menjadi adat dalam hubungan manusia ada yang serasi dan ada yang tidak. Ada yang ingin meneruskan rawatan, ada yang teragak atau ada yang ingin mendapatkan pendapat kedua dari doktor yang lain. Ini adalah perkara biasa dalam dunia perubatan.

Keserasian ini adalah amat penting. Kerana ianya menjaminkan kesefahaman, kepercayaan akan usaha yang akan diambil untuk mencapai tujuan yang satu iaitu mendapat zuriat. Oleh itu sekiranya keserasian ini tidak dapat dirasai oleh pasangan dengan doktor dan pasukan sokongan yang merawat, maka perjalanan kesuburan yang sudah sedia rumit ini akan menjadi lebih sukar.

Isu kepercayaan ini bukanlah perkara baru, sepanjang berkhidmat di hospital awam, perkhidmatan kami juga sering dipersoal dari segi kepakaran doktor yang merawat, ubat yang diberi, peralatan yang digunakan dan sebagainya. Kini, apabila telah beralih ke perkhidmatan swasta, isu kepercayaan ini masih lagi wujud namun mungkin dari sudut yang berbeza seperti kos rawatan, melakukan rawatan yang tidak diperlukan, tidak berterus terang ketika merawat dan sebagainya.

Kepercayaan kepada rawatan dan juga nasihat yang diberi adalah penting bagi memastikan kesemua pihak memberi kerjasama sepenuhnya dalam mencapai matlamat yang sama. Ini termasuklah pasangan memainkan peranan mereka seperti membuat kajian awal tentang rawatan yang diambil, mengawal BMI, menjalani gaya hidup yang sihat dan mengambil ubat supplement seperti mana yang telah dirancang.

Namun begitu, sekiranya terdapat ketidakserasian, kesangsian dan kurang percaya maka ianya perlulah diatasi dari awal. Hubungan pasangan bersama doktor dan pasukan sokongan yang lain tidak akan menjadi kukuh dan sukar untuk meneruskan perjalanan ini. Berbincanglah bersama doktor anda bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik.

Semua pihak perlu berlapang dada dan ikhlas. Sekiranya tetap tidak serasi, maka pasangan perlu membuat keputusan yang tepat untuk masa depan mereka samaada untuk meneruskan atau mengambil langkah yang lain. Tidak kiralah samada di klinik yang sama atau sebaliknya, harapan setiap doktor kesuburan dan pasukan sokongan adalah satu iaitu agar setiap pasangan mendapat rawatan yang terbaik bagi mendapat zuriat yang diimpikan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print