Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
VAKSIN COVID-19 & RAWATAN KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-3uOnPZ

VAKSIN COVID-19 & RAWATAN KESUBURAN

European Society of Human Reproductive and Embryology (ESHRE) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai vaksinisasi terhadap COVID-19 kepada pasangan yang ingin hamil, sedang menjalankan rawatan kesuburan dan yang sedang hamil. Pengisian blog kali ini mengongsikan kenyataan tersebut agar ianya boleh dijadikan panduan sebanyak sedikit.

Terdapat pelbagai jenis vaksin COVID-19 yang sedang diperkembangkan dan kelulusan penggunaan vaksin tersebut pada tahap yang berbeza. Di Eropah (EU) vaksin (Comirnaty dari Pfizer / BioNTech dan COVID-19 Vaccine Moderna) telah diluluskan untuk digunakan. Begitu juga di negara lain, seperti UK dan Amerika Syarikat, program vaksinisasi diperkenalkan pada peringkat nasional dengan memberi keutamaan bagi mereka yang berisiko tinggi. Ini termasuklah bagi lelaki dan wanita yang merancang untuk mengandung dan melakukan rawatan kesuburan.

Apakah kesan vaksin COVID-19 kepada mereka yang ingin hamil?

Secara amnya, vaksin yang digunakan adalah vaksin yang tidak aktif (toksoid) dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan.

Namun begitu terdapat beberapa persoalan yang perlu diketengahkan.

1. Perlukah pasangan lelaki dan wanita menerima vaksin COVID-19 sebelum cuba untuk hamil?

Maklumat mengenai kesan vaksinasi COVID-19 pada pasangan yang ingin hamil dan implikasinya kepada kandungan adalah terhad. Maklumat mengenai produk untuk Comirnaty dan COVID-19 Vaccine Moderna menyatakan bahawa kajian haiwan “tidak menunjukkan kesan berbahaya padakehamilan”. Walau bagaimanapun, data semasa kehamilan dilaporkan sebagai “sangat terhad”, serta tiada data mengenai kesan penyusukan bayi. Oleh itu, ESHRE tidak dapat memberi apa- apa nasihat sama ada lelaki dan wanita yang ingin hamil dan melalui rawatan kesuburan harus menerima vaksin atau sebaliknya sebelumnya memulakan rawatan.

Apakah kesan vaksin COVID-19 kepada mereka yang melakukan rawatan kesuburan?

Bagi wanita yang mempunyai penyakit kronik dan berisiko lebih tinggi untuk terkesan dengan jangkitan COVID-19 dan / atau mengalami kehamilan yang berkomplikasi, pertimbangan harus diberikan untuk mengambil vaksinasi sebelum cuba hamil. Hal yang sama berlaku untuk wanita yang berisiko untuk terkena jangkitan SARS-CoV-2 tinggi dan tidak dapat dielakkan.

ESHRE mengesyorkan agar lelaki dan wanita yang tinggal di negara di mana vaksin tidak tersedia atau memilih untuk tidak diberi vaksin tidak boleh dihalang daripada meneruskan rawatan kesuburan. Ini bermaksud wanita atau lelaki yang tidak divaksin masih boleh meneruskan rawatan kesuburan mereka.

2. Bagaimanakah dengan pasangan yang menerima vaksinasi COVID-19. Perlukah mereka menangguhkan rawatan kesuburan. Sekiranya perlu, berapa lama menunggu?

Terdapat perbezaan pendapat mengenai isu menangguhkan rawatan kesuburan selepas vaksinisasi. Pendapat pertama menyatakan agar rawatan kesuburan (pengambilan sperma, rangsangan ovari, pemindahan embrio) sekurang-kurangnya beberapa hari setelah selesai vaksinasi (iaitu selepas dos kedua) untuk memberi masa tindak balas sistem imun kembali keasalnya. Namun begitu untuk langkah yang lebih berjaga- jaga terutamanya apabila tiada maklumat penuh mengenai kesan vaksin COVID-19 pada telur, sperma, implantasi embrio dan peringkat awal kehamilan, dan untuk memberi masa  yang lebih untuk perkembangan antibodi, pendekatan yang lebih berhati-hati boleh dipertimbangkan iaitu menangguhkan permulaan rawatan kesuburan hingga 2 bulan selepas vaksinisasi.

Rawatan kesuburan tidak boleh dimulakan pada wanita yang mempunyai kesan sampingan dari vaksinasi COVID-19 (seperti reaksi alahan), Ini adalah sehingga mereka dikategorikan sihat sepenuhnya untuk meneruskan rawatan kesuburan semula.

3. Bagaimana pula wanita yang hamil diberi vaksin?

Seperti yang dinyatakan dalam dokumen panduan ESHRE sebelumnya, pesakit hamil berisiko lebih tinggi dari mereka yang tidak hamil. Vaksin lain seperti tetanus, pertusis dan influenza telah dinyatakan sebagai selamat diambil ketika hamil.

Walau bagaimanapun, keselamatan vaksin COVID-19 pada wanita yang mengandung dan bayi yang dikandung belum dinilai setakat ini.

Apakah kesan vaksin COVID-19 kepada wanita hamil?

Untuk Comirnaty dan COVID-19 Vaccine Moderna, keputusan sama ada untuk diberikan atau tidak harus dibuat secara rundingan dengan pihak kesihatan profesional setelah mempertimbangkan faedah dan risiko setiap individu. Wanita yang hamil harus mengetahui mengenai kekurangan kajian manusia jangka panjang mengenai kesan Covid-19 vaksinasi.

Bagaimana pula situasinya di Malaysia?

Sumber vaksin di Malaysia adalah dari syarikat Pfizer-BioNTech COVID-19 vaccine,  AstraZeneca dan dari WHO’s COVAX. Dianggarkan 60% dari populasi Malaysia akan menerima vaksin. Perundingan dengan syarikat vaksin dari China dan Russia diadakan bagi menambah peratus penduduk Malaysia menerima vaksin. Adalah dianggarkan penerima vaksin pertama adalah pada akhir bulan Februari tahun ini.  

Terdapat 1001 persoalan. Banyak perkara yang belum diketahui terutamanya akan kesan masa panjang kepada wanita, lelaki dan anak yang dikandung. Setiap keputusan yang diambil perlu diteliti akan kesan baik dan buruknya. Apakah risiko sekiranya tidak mengambil vaksin dan apakah pula risiko tidak mengambil vaksin tersebut. Setiap pasangan perlu memikir dan meneliti persoalan ini. Wallahua’lam. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

2 thoughts on “VAKSIN COVID-19 & RAWATAN KESUBURAN”

    • Oleh kerana data masih terhad, terdapat perbezaan pendapat mengenai vaksin covid. Ada yg mengatakan boleh teruskan mengambil vaksin dan usaha hamil (ASRM – American Society of Reproductive Medicine) ada yg menyatakan yg menyatakan utk pertimbangkan bagi menangguhkan hasrat utk hamil (ESHRE – European Society of Human Reproduction and Embryology).

Comments are closed.