Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
10 FAKTA TENTANG CLOMID » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-yjD9Ka

10 FAKTA TENTANG CLOMID

Clomid atau juga dikenali sebagai clomiphene citrate adalah antara ubat subur yang biasa digunakan di dalam rawatan kesuburan. Ramai yang bertanyakan adakah clomid mempunyai apa- apa kesan sampingan apabila di ambil. Ikuti penjelasan seterusnya.

1. Clomid sudah digunakan lebih dari 50 tahun

Clomid adalah antara ubat kesuburan yang terawal dan ianya mula digunakan pada tahun 1967. Ini bermakna ia telah digunakan lebih dari 50 tahun. Oleh sebab itu clomid sudah mempunyai trek rekod penggunaan yang lama dan juga selamat digunakan.

2. Merupakan ubat pil

Tidak seperti kebanyakkan ubat kesuburan yang berbentuk suntikan hormon, clomid adalah ubat berbentuk pil yang senang digunakan. Ia juga senang digunakan kerana dos ubat yang diberikan dapat dipantau.

3. Clomid bertindak dengan menghalang reseptor Oestrogen

Walaupun ramai yang tahu clomid adalah ubat subur, namun ramai yang tidak mengetahui bagaimana ianya bertindak dan memberi kesan kepada penggunanya. Clomid bertindak dengan menghalang reseptor Oestrogen. Ini meyebabkan hormone FSH dan LH akan dirembeskan dengan lebih banyak lagi. Akibat dari peningkatan hormon FSH dan LH menyebabkan folikel dirangsang untuk membesar dan menjadi matang. Maka Ovulasi berlaku.

4. Mempunyai rekod kejayaan yang berkesan

Oleh kerana Clomid sudah lebih dari 50 tahun digunakan dalam rawatan kesuburan, ianya mempunyai trek rekod yang selamat dan berkesan. Clomid berkesan dalam menghasilkan ovulasi. Dianggarkan 80% daripada wanita yang mengambil Clomid Berjaya mengalami ovulasi. Namun begitu, hanya 10- 13% wanita yang mengambil Clomid berjaya mengandung.  

80% wanita yang mengambil Clomid berjaya mengalami Ovulasi

5. Tidak mempunyai kesan sampingan yang ketara

Jika dibuat perbandingan dengan ubat kesuburan yang lain, kebanyakkan wanita yang mengambil clomid tidak mempunyai apa- apa kesan sampingan. Malah kesan sampingannya jarang berlaku. Namun begitu bagi wanita yang mengalami kesan sampingan, symptomnya termasuklah perut kembung, loya dan pening kepala. Penglihatan kabur dan rasa panas adalah antara symptom yang boleh dihadapi.

6. Ianya adalah ubat pilihan pertama di dalam rawatan kesuburan

Oleh kerana Clomid mempunyai trek rekod yang lama, selamat dan berkesan, maka tidak hairanlah mengapa Clomid menjadi pilihan pertama dalam rawatan kesuburan bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi.

10- 13% berjaya mengandung

7. Ia perlu diambil beberapa kali

Apabila Clomid berjaya menghasilkan ovulasi, 10- 13% dari wanita tersebut berjaya hamil. Ini bermaksud, rawatan menggunakan Clomid perlu dilakukan beberapa kali. Maka tidak hairanlah mengapa rawatan kesuburan termasuk Clomid perlu dilakukan berkali- kali. Namun apabila telah tiga ke empat kali mengambil clomid, kebanyakkan doktor akan mula berbincang akan langkah rawatan seterusnya. Ini termasuklah melakukan pemeriksaan tiub fallopian dan rawatan kesuburan yang lain. Dalam bidang perubatan, clomid boleh diambil sebanyak enam kitaran.  

8. Ianya juga boleh diberikan kepada lelaki

Clomid juga boleh diberikan kepada lelaki yang mengalami bilangan sperma yang kurang. Namun begitu clomid atau nama penuhnya clomiphene citrate hanya diberi ‘lesen’ untuk mengubati masalah ovulasi dikalangan wanita. Clomid diberikan secara ‘off-label’ untuk rawatan kesuburan lelaki. Pengambilan clomid didapati dapat meningkatkan paras hormon testosteron dan bilangan sperma. Namun begitu kajian mengkaji kesan pengambilan Clomid kepada kesuburan lelaki menunjukkan keputusan yang samar- samar, dimana ada menunjukkan ianya berkesan dan ada menunjukkan sebaliknya.

Rawatan kesuburan perlu dilakukan berkali- kali

9. Risiko mengandung anak kembar meningkat

Oleh kerana Clomid mampu menghasilkan beberapa folikel telur yang matang, ianya juga akan meningkatkan peluang untuk hamil anak kembar dan seterusnya. Kandungan anak kembar mempunyai risikonya yang tertentu. Maka adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil Clomid sewenang- wenangnya. Clomid perlu diberikan oleh doktor dan perlu dipantau sepanjang kitaran agar risiko dapat dikurangkan. Pantauan ini termasuklah melakukan scan untuk melihat berapa folikel yang membesar dan waktu yang terbaik untuk bersama.

Clomid vs Femara. Kos untuk ubat Femara adalah 5- 6 kali lebih mahal dari Clomid.

10. Ianya murah jika dibandingkan dengan ubat kesuburan yang lain

Ya. Ini tentunya antara factor utama yang menjadikan Clomid sebagai ubat pilihan pertama bagi wanita yang mengalami Ovulasi. Clomid yang berbentuk pil adalah jauh lebih murah dari ubat kesuburan yang lain. Walaupun ianya murah, adalah dinasihatkan untuk tidak membeli clomid sewenang- wenangnya tanpa preskripsi doktor kerana ianya perlu pantauan sepanjang tempoh kitaran.

Anda juga boleh baca lebih lanjut mengenai Clomid di sini atau tonton perbincangan Clomid: Segala Yang Anda Perlu Tahu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

1 thought on “10 FAKTA TENTANG CLOMID”

Comments are closed.