Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
YOU CHECK DULU.. » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-eZ93wm

YOU CHECK DULU..

Ramai wanita yang datang ke klinik kesuburan seorang diri. Apabila ditanya, mengapa seorang sahaja hari ini, mereka menyatakan, suami suruh saya periksa dulu. Kalau semua ‘okay’ maka barulah nanti dia datang periksa. Seolah- olah pemeriksaan suami adalah tidak penting. Seolah- olah pemeriksaan suami adalah periksaan di tahap kedua. Tidak pasti mengapa ramai yang beranggapan begitu walhal untuk mengandung ianya jelas memerlukan sperma dari suami dan telur dari isteri. Telur yang sihat sahaja tidak boleh bertukar seorang diri untuk menjadi bayi. Ianya masih memerlukan sang sperma dari suami. Jadi jika faham akan konsep tersebut maka mengapa masih ramai lagi bila datang periksa biarkan isteri datang dahulu? 

…nanti bila you dah settle ..baru I check

Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan masyarakat yang beranggapan ketidaksuburan adalah disebabkan oleh faktor kesuburan isteri. Jarang sekali kerana faktor suami. Sperma akan pastinya normal kerana terdapat air mani yang keluar. Mana mungkin ketidaksuburan ini melibatkan isu sperma. Jika dilihat pada statistik, hampir 30% adalah disebabkan oleh ketidaksuburan lelaki, 30% lagi faktor isteri, 10% lagi kerana faktor bersama dan selebihnya adalah kerana faktor yang tidak dapat ditemui (Unexplained). ‘Naah mananya datang sikap yang kata you pergi check dulu…nanti kalau dah settle baru I pergi’. 

30% faktor lelaki…30% faktor wanita..

Keadaan sperma adalah penentu jenis rawatan yang diterima. Apakah ujian lain perlu dilakukan oleh setiap pasangan. Sebagai contoh sekiranya bacaan sperma rendah dan tidak memuaskan rawatan terbaik adalah rawatan ICSI. Di dalam kes ini isteri tidak perlu melakukan pemeriksaan tiub fallopio. Pemeriksaan tiub fallopio yang kebanyakkannya dilakukan dengan menggunakan teknik HSG adalah tidak perlu kerana sekiranya bacaan sperma rendah, sperma tidak mampu berenang dan sampai ke tiub fallopio dan bersenyawa dengan telur. Oleh itu pemeriksaan tiub fallopio akan hanya dilakukan selepas ujian sperma dilakukan. Sekiranya ujian sperma normal, maka baru pemeriksaan tiub fallopio wajar dilakukan. 

Ujian HSG tidak perlu jika bacaan sperma tidak memuaskan..

Ada juga kajian yang menunjukkan rawatan kesuburan terpaksa di tangguhkan kerana menunggu pihak suami yang masih tidak tampil untuk melakukan ujian sperma. Oleh itu rawatan tertunda dan tidak dapat diberikan pada waktu yang sebaiknya. Ada juga para isteri yang bersedia untuk mengambil ubat kesuburan dahulu sebelum ujian sperma dilakukan kerana khuatir tidak dapat sokongan dari suami untuk melakukan ujian sperma. 

Apabila ujian saringan dilakukan oleh kedua- dua pasangan suami isteri, maka rawatan dapat diberikan pada waktu yang singkat tanpa melengah- lengahkan masa lagi. Rawatan yang terbaik juga boleh diberikan kepada pasangan.

Di sesetengah pusat, ada yang membuat peraturan di mana sekiranya salah seorang pasangan tidak hadir, sebagai contoh suami tidak hadir, maka temujanji tidak akan diberikan. Ini sekaligus memberi message yang jelas bahawa ujian saringan melibatkan kedua- dua pasangan suami dan isteri. Bukan isteri sahaja. Bukan isteri datang dulu. Malah bersama- sama. Seperti pepatah omputihit takes two to tango!  

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print