Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
UBAT KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-yjD9Ka

UBAT KESUBURAN

Bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi, terdapat beberapa jenis ubat pil yang boleh diberikan oleh doktor bagi membantu ovulasi. Langkah pertama yang kebiasaannya diambil adalah dengan mengambil ubat berbentuk pil. Pil ini diberikan pada hari kedua kitaraan haid sehinggalah hari ke enam, bermula dengan dos yang paling rendah. Proses ovulasi boleh dipastikan dengan melakukan ujian darah serum progesteron pada hari ke 21 kitaran haid.

Sekiranya proses ovulasi masih tidak berlaku, maka doktor akan meningkatkan dos ubat pil yang diberikan pada kitaran haid seterusnya. Ini akan dilakukan pada kitaran seterusnya dengan meningkatkan dos ubat yang diberikan sehingga ovulasi berlaku.

Sesetengah wanita masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang paling tinggi diberikan. Pada situasi ini, doktor akan berbincang dengan wanita tersebut samada ingin meneruskan proses stimulasi dengan hormon atau melakukan rawatan kesuburan yang lain seperti IUI ataupun IVF.

Kebanyakkan wanita tidak mengalami apa- apa kesan sampingan dengan pengambilan ubat bagi membantu ovulasi. Namun begitu antara komplikasi yang boleh berlaku dengan pengambilan ubat ini adalah kandungan kembar.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print