Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
TIPS KETIKA EMBRYO TRANSFER » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-3rv2mi

TIPS KETIKA EMBRYO TRANSFER

Ramai yang bertanyakan apakah pantang larang atau perkara yang perlu dibuat ketika waktu embryo transfer. Setiap pasangan sudah menempuhi pelbagai rintangan sepanjang rawatan yang diberikan. Sehinggalah kini, embryo transfer iaitu apabila embrio yang telah terhasil diletakkan ke dalam rahim. Walaupun prosedur embrio transfer ini mungkin tidak melibatkan jarum atau suntikan, tidak kiralah samada ianya adalah fresh transfer (ET) atau frozen embryo transfer (FET), tetapi ia dikira sebagai prosedur kemuncak dalam rawatan kesuburan.

Persediaan sebelum embryo transfer.

Apabila anda diberi tarikh untuk melakukan transfer, doktor akan menasihatkan apakah ubat yang perlu diambil samada berbentuk pil, pessary ataupun suntikan. Anda perlulah patuh pada waktu ubat perlu diambil. Untuk mengelakkan terlupa atau kekeliruan, mungkin boleh ‘set alarm’ dalam telifon bimbit. Bukan isteri sahaja, bahkan suami juga boleh melakukan perkara yang sama ‘set alarm’ dan akan saling ingat mengingatkan.

Set Alarm Anda

Sebelum transfer, mungkin anda ingin memastikan waktu temujanji dan merancang perjalanan anda ke klinik. Selalunya prosedur transfer akan dilakukan pada waktu lewat pagi atau tengahari. Maka rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Ada yang ingin menginap di hotel atau tempat yang berdekatan dengan klinik bagi mengelakkan risiko trafik serta memudahkan perjalanan pulang selepas transfer.

Hari Transfer

Pada hari transfer, ada tidak perlu puasa. Anda boleh makan minum seperti biasa. Cuma pihak klinik memerlukan pundi kencing yang penuh agar transfer boleh dilakukan dengan senang. Ini adalah kerana rahim berada di belakang pundi kencing. Apabila pundi kencing penuh, rahim akan berada pada keadaan mendatar. Sekiranya pundi kencing kosong, rahim akan menegak. Sekiranya dalam keadaan menegak, tiub halus sukar untuk masukkan ke dalam rahim. Apabila rahim mendatar akibat dari pundi kencing yang penuh tadi, tiub hal us ini lebih senang untuk dimasukkan ke dalam rahim. Oleh itu sekiranya anda baru sahaja membuang air, anda akan diminta untuk minum beberapa gelas air dan pemantauan akan dibuat agar pundi kecing penuh sebelum transfer dilakukan.

Sebelum transfer, pundi kencing perlu penuh

Identiti anda dan suami akan dipastikan di dalam bilik prosedur. Anda akan diminta untuk menukar pakaian klinik bagi memudahkan prosedur dilakukan. Di sesetengah klinik, seperti di Pusat Kesuburan Sophea, suami diberi kebenaran untuk hadir bersama ketika prosedur transfer dilakukan. Gambar embrio anda akan ditunjukkan kepada anda sebelum ianya dimasukkan ke dalam rahim.

Selepas itu anda diminta untuk baring dan prosedur dilakukan. Alat speculum untuk pemeriksaan dalaman akan digunakan dan seterunya tiub halus akan dimasukkan ke dalam rahim. Pada masa yang sama, ultrasound scan akan digunakan. Anda boleh melihat gambar imabasan scan di monitor dan boleh nampak tiub itu dimasukkan ke dalam rahim. Apabila tiub berada pada tempat yang dikehendaki, embrio anda akan diletakkan ke dalam rahim. Anda boleh nampak proses ini dilakukan.

Sejurus selepas transfer

Selepas transfer, anda akan diminta untuk baring buat seketika mungkin antara 20- 30 minit. Ramai yang tidak selesa kerana pundi kencing sudah penuh. Sekiranya ini berlaku, anda boleh memberitahu kepada jururawat atau doktor. Kadang- kadang pundi kencing yang penuh boleh dikosongkan dengan menggunakan tiub.

Selepas itu anda boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Jangan risau kerana embrio anda tidak akan jatuh ke bawah. Ini kerana rahim bukanlah rongga yang terbuka. Ianya selamat di dalam rahim yang tertutup sentiasa. Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.

Embrio tidak akan jatuh..

Pada keesokkan harinya

Ramai yang bertanyakan sama ada perlu baring sepanjang waktu. Ini sama sekali tidak digalakkan. Wanita yang telah melakukan prosedur transfer, boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Baring sepanjang masa tidak elok untuk perjalanan darah. Aktiviti ringan seperti bergerak di dalam rumah masih boleh dilakukan. Elakkan mengangkat benda berat dan aktiviti lasak seperti panjat bukit atau berbasikal.

Tidak perlu baring 24/7

Sepanjang dua minggu menanti (two week wait)

Kekalkan pemikiran yang postif teruskan berdoa dan patuh mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Sememangnya pemikiran akan fokus kepada berjaya atau tidak transfer dilakukan. Setiap saat dan waktu yang berlalu itulah sahaja persoalan yang bermain di fikiran. Ramai yang akan cuba menyibukkan diri dengan hal- hal lain. Ada yang menonton rancangan drama berepisod ada yang melakukan kerja ringan harian agar dapat membantu mengalihkan fikiran kepada perkara lain. Tidak kurang dengan banyakkan berdoa dan berzikir. Perbanyakkan solat hajat dan solat sunat untuk meluahkan rasa hati dan memanjatkan doa serta mengaharap kepada Ilahi. Segala usaha telah dibuat. Kini berserahlah kepadaNya akan apa jua penentuanNya.  

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

4 thoughts on “TIPS KETIKA EMBRYO TRANSFER”

    • Wsalam,

      Pemindahan embryo maksudnya embryo transfer ke? – Ini bergantung dgn usia embryo tersebut. Sekiranya embryo adalah day 3, 3 hari selepas OPU. Kalau embryo day 5, 5 hari selepas OPU.

  1. Salam Dr. Salleha,
    Sy bercadang utk apply cuti selepas buat procedure embryo transfer ni.
    Doc rasa waktu bila yg sesuai utk bercuti tu? Seminggu selepas buat FET atau seminggu (minggu kedua) selepas buat FET? Sy bercadang nak apply cuti seminggu.
    Atau
    Tak perlu cuti pon?
    Sy bekerja bahagian account, sy takut stress, minggu depan sy dah start Work From Office. Hurmmm.

  2. Doktor. Saya nak buat FET .. bila waktu yg sesuai utk transfer FET ..EMBRIO sya frozen dah lama dlm 10 -12 tahun bgitu sekarang usia sya mau masuk 47.. dan saya berada jauh dari Hospital tmpt EMBRIO FROZEN iaitu di Semenanjung..dan saya d Sabah.
    Tolong bagi pencerahan utk perjalanan yg sesuai bagi sya…

Comments are closed.