Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
Rawatan kesuburan Archives » Page 4 of 7 » Laman Fertiliti Kernamu

PROSEDUR IVF DAN PANDANGAN ISLAM

Post blog kali adalah rumusan dari artikel  Prosedur-Prosedur Rawatan IVF (In-Vitro Fertilisation): Suatu Kupasan Berdasarkan Pandangan Syarak. IVF merupakan suatu rawatan yang diharuskan dalam syarak bagi pasangan suami isteri yang memerlukan rawatan kesuburan. PROSEDUR-PROSEDUR IVF DAN PANDANGAN ISLAM Prosedur 1: Konsultasi Bersama Doktor Terdapat dua isu yang ditimbulkan. Pertama, isu berjumpa dengan doktor yang berlainan … Read more

CLOMIPHENE CITRATE (CLOMID) ATAU LETROZOLE?

Ramai yang pernah dengar cerita tetantang ubat kesuburan, Clomid. Clomid atau nama ubatnya yang juga dikenali sebagai Clomiphene Citrate adalah ubat yang diberikan kepada wanita pada 5 hari di awal kitaran haidnya bagi membantu proses ovulasi berlaku. Clomiphene Citrate adalah ubat berbentuk pil yang diambil pada dos 50mg, 100mg dan 150mg. Secara ringkasnya Clomiphene Citrate … Read more

SANG PENJAGA

Jari-jemarinya tak pernah lekang mengusap tangisan,  Moga-moga lekas pergi rasa kesakitan, Kala puteri terlena kehibaan sang penjaga tak pernah sekali kesiangan, Masih setia tika langit sendu kehujanan, Sabar menanti cahaya tenda harapan, Terima kasih Sang Penjaga yang budiman. Moga luhur kasihmu dihitung setiap satunya di sisi Tuhan. Nukilan NSU

BUAT ANAK AYAH IBU

Anak ayah ibu,

Moga Allah kabulkan doa ayah dan ibu,

Moga Robb izinkan kami berjumpa kamu,

Entah ayah ibu tak tahu bila waktu itu,

Tapi ayah ibu tahu,

Robb pasti berikan yang terbaik untuk ayah ibu.

Perjalanan ini bukan mudah anakku,

Kisah berjalan di lohong kelam dan hitam masih segar dalam ingatan ayah ibu.

Tapi kisah itu takkan padamkan jihad ayah ibu.

Takkan sesekali ayah ibu lemah dan  juga lesu.

Semoga kamu dapat membesar dengan baik dalam rahim ibu,

Agar bila keluar nanti dapat kamu tegakkan kembali Din yang satu,

Salam sayang anak ayah ibu.

InshaAllah kita jumpa nanti, anak ayah ibu.

Anak Ayah Ibu

Sudah cukup dua minggu

Selamat tinggal anak Ayah Ibu

Belum masanya lagi kita bertemu

Kerana ini yang terbaik untuk Ayah Ibu

Anak Ayah Ibu

Entah berapa banyak air mata berlalu

Kadang kala Ayah Ibu buntu

Kadang kala Ayah Ibu rasa tak mampu

Tapi Ayah Ibu tahu

Dia Yang Maha Esa itu lebih Tahu

Ayah Ibu serahkan pada Tuhan yang Satu.

Anak Ayah Ibu

Ujian hidup seterusnya akan hadir untuk Ayah Ibu

Dada bergoncang laju

Inilah jihad Ayah Ibu

Nukilan NSU 26082019