Steroid anabolik adalah sejenis steroid yang diambil bagi menambahkan saiz otot dan memperbaikkan prestasi atlet. Steroid anabolik ini dirumuskan bagi memberi kesan yang hampir sama akan kesan yang diberikan oleh hormon lelaki iaitu hormon testosterone. Steroid anabolik ini mempunyai penggunaan yang terhad dan ianya tidak dikelirukan dengan ubat steroid yang diberi oleh doktor iaitu corticosteroid. Corticosteroid adalah berbeza dengan steroid anabolik. Corticosteroid mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan.
Mengapakan Steroid Anabolik Diambil?
Steroid anabolik diambil kerana ianya adalah sejenis ubat yang boleh memperbaiki prestasi atlet. Ianya mampu menambahkan saiz otot dan mengurangkan lemak. Pengambilan steroid anabolik juga boleh meninggalkan kesan yang tidak diingini. Terdapat juga individu yang mengambil steroid anabolik kerana ingin memperbaiki penampilan diri.
Apakah Kesan Pengambilan Steroid Anabolik Ini?
Pengambilan steroid anabolic ini memberi kesan kepada keadaan fizikal, psikologi dan boleh membahayakan kesihatan seseorang itu samada lelaki baik pun perempuan.
Kesan fizikal kepada lelaki
- Bacaan sperma yang kurang
- Masalah kesuburan
- Zakar / testis mengecil
- Masalah ereksi
- Keguguran rambut / botak
- Payudara membesar
- Risiko kanser prostat
- Masalah jerawat
Kesan fizikal kepada wanita
- Penambahan bulu di muka dan badan
- Payudara mengecil
- Pembesaran kelentit
- Perubahan suara yang menjadi garau
- Masalah dengan haid
- Rambut gugur
- Masalah jerawat
Masalah kesihatan bagi lelaki dan perempuan yang mengambil Steroid Anabolik
- Sakit jantung atau angin ahmar
- Masalah hati dan buah pinggang
- Darah beku
- Masalah kolesterol yang tinggi
- Pertumbuhan yang terbantut bagi remaja
- Sekiranya steroid yang diambil menggunakan suntikan dan menggunakan jarum yang sama risiko jangkitan virus HIV, Hepatitis B dan C.
Masalah Psikologi
- Perwatakan yang agresif
- Mood yang tidak stabil
- Paranoia
- Halusinasi dan khayalan
- Ketagihan
Dapatkan bantuan
Sekiranya anda memerlukan bantuan anda boleh berjumpa dengan doktor atau kaunselor bagi mendapatkan bantuan yang sebaiknya.