Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
SARINGAN PEMERIKSAAN KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-7o8jbo

SARINGAN PEMERIKSAAN KESUBURAN

Saringan pemeriksaan kesuburan melibatkan kedua- dua pasangan suami isteri. Pemeriksaan ini meliputi aspek latarbelakang kesihatan, pemeriksaan fizikal serta saringan ujian darah, imbasan bunyi (ultrasound) dan pemeriksaan sperma dari air mani. Berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan, ianya dapat membantukan memberi rawatan yang sesuai bagi setiap pasangan. Adalah penting bagi setiap pasangan suami isteri untuk tampil menjalankan ujian saringan bersama. Ini adalah kerana masalah kesuburan boleh melibatkan kedua-dua pasangan pada masa yang sama.

Pemeriksaan Fizikal

Antara pemeriksaan fizikal asas yang dilakukan di pusat kesuburan termasuklah berat badan dan tekanan darah. Memiliki berat badan yang normal adalah salah faktor penting bagi memiliki tahap kesuburan yang optimum. Berat badan yang tinggi (Body Mass Index > 25) atau rendah (Body Mass Index < 19) boleh menjejaskan tahap kesuburan. Pemeriksaan wanita dilakukan bagi memastikan masalah seperti ketumbuhan fibroid atau cyst dapat dikesan. Begitu juga saringan pap smear boleh dibuat pada masa yang sama sekira ianya masih belum dilakukan. Bagi pasangan lelaki, pemeriksaan fizikal jarang dilakukan. Namun begitu pemeriksaan fizikal bagi dilakukan sekiranya terdapat keperluan seperti bacaan bilangan sperma yang rendah atau masalah lain seperti bengkak di zakar atau angin pasang.

Ujian Darah

Terapat beberapa ujian darah yang dilakukan sebagai saringan asas kesuburan . Antara ujian darah yang utama dilakukan ialah pemeriksaan paras Anti-mullerien Hormone (AMH) pada wanita. AMH dapat memberikan bacaan paras simpanan rizab telur seseorang wanita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap wanita dilahirkan dengan bilangan rizab telur yang tertentu. Bilangan ini yang akan berkurangan mengikut kadar usia. Terdapat juga ujian darah tambahan lain yang turut dilakukan mengikut keperluan tertentu. https://kernamu.com/rizab-telur-wanita/

Pemeriksaan Imbasan bunyi (Ultrasound) Pelvis

Pemeriksaan imbasan bunyi (ultrasound) bagi wanita di jalankan bagi tujuan melihat dengan lebih jelas bentuk rahim dan kilang telur (ovari). Ianya dilakukan secara imbasan dalaman (transvaginal) bagi mendapatkan imej yang lebih jelas terutamanya pada kilang telur. Di mana pengiraan jumlah bilangan telur (antral follicle count) yang berpotensi menerima rangsangan dapat dilakukan sekiranya rawatan diperlukan.

Pemeriksaan Tiub Fallopian

Pemeriksaan ini dilakukan bagi memastikan tiub Fallopian tidak tersumbat. Tedapat tiga kaedah yang boleh dilakukan. Kaedah pertama ialah menggunakan sinar x-Ray, kaedah kedua dengan menggunakan imbasan bunyi (ultrasound) atau kaedah ketiga adalah dengan melakukan pembedahan kecil iaitu Laparoscopy and Dye bagi sesetengah wanita yang berisiko mengalami tiub tersumbat. Boleh layari https://kernamu.com/pemeriksaan-tiub-fallopian/ bagi penerangan yang lebih mendalam.

Analisis bacaan bilangan sperma

Pemeriksaan bilangan sperma adalah pemeriksaan asas dalam saringan kesuburan. Sampel sperma tersebut akan diperiksa di makmal sejurus selepas ianya dihasilkan oleh pegawai makmal yang bertauliah. https://kernamu.com/kesuburan-lelaki/

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print