Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
RIF : RECURRENT IMPLANTATION FAILURE » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-CbAImF

RIF : RECURRENT IMPLANTATION FAILURE

Sejak IVF diperkenalkan, ramai wanita yang berjaya mengandung dengan teknik IVF. Namun begitu masih ramai lagi yang tidak berjaya. Terdapat banyak kitaran IVF yang berakhir dengan kekecewaan. Pada setiap peringkat rawatan IVF, peringkat embryi transfer adalah peringkat yang genting, di mana ddi peringkat ini ramai wanita yang mengalami implantation failure. Implantation failure berlaku apabila embryo yang kelihatan normal gagal menempel di dinding rahim.

Apabila implantasi gagal berlaku setelah beberapa kitaran embryo transfer, pesakit atau pasangan dianggap mengalami kegagalan implantasi berulang atau lebih dikenali sebagai Recurrent Implantation Failure (RIF). Setakat ini, tidak ada kata sepakat yang diterima secara menyeluruh mengenai definisi RIF di kalangan pakar kesuburan. Salah satu definisi yang biasa digunakan adalah kegagalan mengandung setelah tiga kali pemindahan embrio yang kelihatan berkualiti tinggi. RIF merangkumi ujian kehamilan negatif serta kehamilan pada peringkat awal (biochemical pregnancy), yang mana persenyawaan dicapai tetapi implantasi dan perkembangan seterusnya gagal berlaku sebelum kantung kandungan dapat dilihat dengan scan.

Menagapa RIF berlaku?

Banyak faktor yang diketahui menyumbang kepada RIF. Kemungkinan banyak faktor yang lain belum dapat dikenal pasti. Antara faktor yang dikenal pasti adalah usia ibu dan bapa, genetik embrio, keadaan rahim termasuk polip fibroid, jangkitan kronik dan radang pada saluran tiub dan dinding rahim. Faktor autoimuhormon, obesiti, dan toksin termasuk rokok, alkohol dan penggunaan dadah. Usia ibu adalah salah satu faktor yang perlu dipberikan perhatian. Dengan peningkatan usia dan kualiti telur yang merosot ianya adalah penyebab utama genetik embryo tidak normal. Embryo yang mempunyai genetik tidak normal mempunyai RIF yang tinggi.

Langkah seterusnya..

Bagi mana-mana wanita atau pasangan yang mengalami RIF, pemeriksaan yang lebih komprehensif harus merangkumi sejarah perubatan yang luas dari kedua-dua pasangan, penilaian yang tepat mengenai faktor genetik, hormon dan imun, dan seterusnya penilaian terperinci kepada rahim, tiub fallopio dan ovari. Ujian sperma yang lebih detail seperti sperm DNA fragmentation mungkin perlu dipertimbangkan.

Terapat pelbagai jenis rawatan yang ditawarkan bagi mengurangkan kejadian kegagalan implantasi. Antaranya termasuklah hormon steroid dan intralipid untuk imunoterapi, ubat pencair darah, terapi antibiotik, teknik pembedahan untuk rahim seperti hysteroscopy, endometrial scratching serta pemeriksaan ginetik kepada embryo yang terhasil.  Walaupun banyak rawatan yang dilakukan berdasarkan pada kajian ilmiah, namun ada juga yang rawatan yang ditawarkan tidak mempunyai bukti yang kukuh akan keberkesanannya.

Langkah yang diambil..

Pasangan yang mengalami RIF semestinya merasa amat tertekan sekali. Mereka berhadapan dengan keadaan samada ingin melalui rawatan embryo transfer sekali lagi dengan mengambil ubat protokol yang sama atau perlukah melakukan apa- apa perkara yang berbeza agar embryo transfer berjaya. Adakah ianya disebabkan oleh embryo yang tidak sihat genetiknya atau adakah ianya disebabkan oleh faktor rahim atau imune.

Jika dilihat pada kajian terkini, terdapat satu kajian yang melibatkan seramai 4000 embryo yang genetiknya normal juga dikenali sebagai euploid embryo. Kajian mendapati RIF jarang berlaku dikalangan euploid embryo. Kajian juga membuat rumusan bahawa RIF berlaku adalah disebabkan oleh faktor embryo yang kandungan genetiknya tidak normal dan bukan disebabkan oleh faktor rahim. Melakukan euploid embryo transfer dapat meningkat peratus mengandung setinggi 60%. RIF jarang berlaku pada mereka yang melakukan terpaksa melalukan hingga tiga kali euploid embryo trasnfer. Namun perlukah ujian genetik (PGT-A) dilakukan bagi setiap pasangan yang menjalankan rawatan IVF? Kos ujian genetik pada embryo adalah tinggi. Tidak semua pasangan mampu melakukannya.

Apa pun langkah yang diambil, pasangan digalakkan untuk berbincang dengan pakar fertility dalam memperhalusi akan apakah Langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan peluang hamil. Langkah tersebut perlulah mengambil kira akan bukti keberkesanannya, keperluannya dan kos kepada pasangan yang melalui rawatan tersebut.  

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print