Kebanyakkan wanita yang mengalami OHSS adalah mereka yang mengalami mild atau moderate OHSS. OHSS ini akan baik dengan masa (self-limiting). Sekiranya fresh transfer tidak dilakukan atau seseorang wanita itu didapati tidak mengandung, symptom OHSS akan pulih pada haid yang akan datang. Namun sekiranya mengandung, OHSS boleh menjadi lebih serius (severe atau critical) dan akan berlarutan beberapa minggu.
Bagi kebanyakkan wanita yang mengalami mild to moderate OHSS, ianya boleh dirawat dengan memberi rawatan sokongan. Ini termasuklah rawatan sebagai pesakit luar dengan keadaan seseorang wanita itu dipantau dari masa ke semasa. Wanita digalakkan untuk minum air kerap dari masa ke semasa, memastikan membuang air kecil yang lawas dan memerhati pernafasannya. Boleh mengambil ubat tahan sakit seperti Paracetamol atau Codeine dan mengelakkan ubat tahan sakit seperti NSAIDs (Ibuprofen, Neurofen sebagai contoh). Mengelakkan Bersama suami kerana dikhuatiri ovary yang bengkak oleh kerana OHSS boleh terpusing atau terpintal.
Sekiranya symptom menjadi lebih serius seperti tidak dapat minum air secukupnya, muntah, sakit perut, perut bengkak dan sesak bernafas, wanita dinasihatkan untuk hadir untuk diperiksa oleh doktor samada ke hospital A&E. Selepas diperiksa sesetengah wanita akan dimasukkan ke dalam hospital untuk dipantau dengan lebih teliti.
Ketika di dalam hospital wanita yang mengalami OHSS akan dimasukkan air drip bagi memastikan pembuluh darah tidak begitu pekat sambil menggalakkan pengambilan air minuman, memberi suntikan untuk mencairkan darah dan memberi ubat tahan sakit secukupnya. Sekiranya terdapat banyak air di dalam perut atau peparu yang banyak sehingga memberi kesan kepada pernafasan, air tersebut akan dikeluarkan dengan prosedur kecil (paracentesis) di hospital. Segelintir wanita yang mengalami OHSS pada tahap kritikal memerlukan rawatan rapi di ICU di mana pantauan yang lebih detail perlu dilakukan bagi mengatasi OHSS.
Sebahagian kecil akan mengalami severe- critical OHSS