Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
POLYP DI DALAM RAHIM » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-y3etWw

POLYP DI DALAM RAHIM

Polyp di dalam rahim adalah perkara yang kerap dijumpai di kalangan wanita yang membuat ujian saringan di klinik fertiliti. Polyp di dalam rahim adalah sejenis ketumbuhan yang berada di dinding. Ianya seperti ‘isi lebih’ dan selalunya berukuran antara beberapa milimeter ke centimetre. Kebanyakkan polyp adalah tidak merbahaya, iaitu ianya bukanlah sejenis kanser.

Polyp kerap berlaku di kalangan wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Namun begitu wanita yang mempunyai berat badan yang lebih, atau mengalami darah tinggi atau mengambil ubat seperti Tamoxifen mempunyai risiko untuk mendapat polyp.

Kebanyakkan wanita yang mempunyai polyp tidak mempunyai apa – apa symptom atau tanda. Polyp hanya kelihatan apabila ujian scan dalam dilakukan. Namun sesetengah wanita mempunyai symptom seperti:-

  • Darah haid yang banyak ‘heavy’
  • Berdarah antara dua kitaran haid
  • Mempunyai staining atau kecoklatan selepas haid
  • Kesukaran untuk mengandung

Walaupun kita tidak pasti bagaimana polyp memberi kesan kepada kesukaran untuk mengandung, kajian menunjukkan apabila polyp dibuang atau dikeluarkan melalui prosedur kecil, ianya dapat meningkatkan peratus wanita mengandung. Satu kajian menunjukkan apabila polyp dibuang, peratus yang berjaya hamil menjadi 63% setelah melalui IUI (Intrauterine Insemination), berbanding dengan hanya 28% bagi mereka yang tidak membuang polyp. Ini berkemungkinan polyp yang berada di dinding rahim memberikan kesukaran untuk sperma bergerak, embrio menempel di dinding rahim serta suasana persekitaran dinding rahim yang menyebabkan ianya tidak sesuai untuk menampung kandungan akibat adanya polyp tersebut.

Adakah ini bermaksud, semua wanita yang mempunyai polyp perlu melakukan hysteroscopy?

Bagi meningkatkan peluang untuk mengandung polyp disarankan untuk dibuang melalui prosedur atau pembedahan kecil yang dikenali sebagai hysteroscopy. Ketika hysteroscopy, wanita akan diberi ubat bius dan kamera yang kecil akan dimasukkan ke dalam rahim. Imej yang terhasil melalui kamera itu akan dilihat di monitor dan polyp akan dikeluarkan. Kaedah pembedahan hysteroscopy ini adalah termasuk dalam prosedur kecil yang akan memakan masa kurang dari satu jam dan dikebanyakkan hospital ia dilakukan sebagai Day procedure. Wanita akan dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Adakah ini bermaksud, semua wanita yang mempunyai polyp perlu melakukan hysteroscopy? Tidak semestinya. Polyp disaran untuk dikeluarkan melalui prosedur hysteroscopy terutamanya apabila saiz polyp didapati 10mm ke atas, terdapat lebih dari satu polyp dan sekiranya polyp tersebut memberi anda symptom seperti pendarahan yang heavy atau tidak menentu ataupun kesukaran untuk mengandung.

Untuk mengetahui dengan lebih jelas, anda boleh bertanya dan berhubung dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat dan keterangan yang lebih lanjut.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print