Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
PERLUKAH SAYA BUANG FIBROID? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-FyBCEB

PERLUKAH SAYA BUANG FIBROID?

“Saya ada fibroid. Tapi perlukah saya buang fibroid saya?”

Itulah antara soalan yang kerap ditanyakan apabila seseorang wanita mengetahui dirinya mempunyai fibroid. Namun adakah fibroid penyebab kesukaran memiliki anak?

Apakah fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang tidak merbahaya. Ianya bukanlah sejenis kanser. Namun fibroid boleh memberi kesan kepada haid, kesuburan dan kandungan. Fibroid terjadi apabila sel otot di dinding rahim membahagi dan seterusnya menjadi sejenis ketumbuhan. Bergantung kepada saiz dan juga lokasi fibroid tersebut, ianya mampu menukar bentuk rahim. Samada perlu atau tidak rawatan diberikan, ianya bergantung kepada bilangan, saiz dan lokasi fibroid tersebut.

1 dari 5 wanita mempunyai Fibroid

Fibroid boleh dijumpai di rahim atau juga di pangkal rahim (cervix). Secara umumnya, terdapat tiga jenis fibroid yang biasa dijumpai bergantung kepada lokasi fibroid tersebut, iaitu:-

  • Subserosal Fibroid (55%). Fibroid yang dijumpai di luar dinding rahim.
  • Intramural Fibroid (40%). Fibroid yang dijumpai di antara lapisan dinding rahim.
  • Submucosal fibroid (5%). Fibroid yang dijumpai di dalam dinding rahim.

Pedunculated fibroid adalah sejenis fibroid yang berhubung dengan rahim melalui ‘tangkai’.

Adakah fibroid ini sering berlaku?

Dianggarkan sekitar 1 dari 5 (20%) wanita di usia reproduktif (15 hingga 49 tahun) mempunyai fibroid. Sebab mengapa berlakunya fibroid, masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor termasuklah faktor genetik dan hormon. Fibroid didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berasal dari Afrika sehingga peratus mereka mengalami fibroid adalah setinggi 50- 80%.

Adakah Fibroid memberi kesan kepada kesuburan?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai fibroid tidak mempunyai masalah kesuburan. Malah fibroid sering dijumpai ketika pembedahan caesarean dilakukan. Namun begitu dianggarkan antara 5-10% wanita yang mempunyai ketidaksuburan mempunyai ketumbuhan fibroid. Lokasi dan saiz fibroid boleh memberi kesan kepada keupayaan seseorang wanita mengandung. Sebagai contoh fibroid yang berada di dalam dinding rahim (submucous fibroid) dan saiz intramural fibroid yang besar iaitu lebih dari 6cm boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Bagaimana fibroid boleh memberi kesan kepada kesuburan?

  • Tiub fallopian tersumbat oleh kerana fibroid yang menghalang pembukaannya.
  • Submucosal fibroid boleh memberi kesan kepada dinding rahim di mana ianya mengganggu penempelan embryio berlaku.
  • Fibroid yang besar terutamnya boleh menganggu pengaliran darah kepada rahim yang mana ianya boleh memberi kesan kepada penempelan dan pembesaran embrio.

Bagaimana pula fibroid & kandungan?

Dianggarkan antara 2- 12% wanita yang mengandung mempunyai fibroid. Sesetengah wanita tidak mempunyai apa- apa symptom ketika mengandung. Namun begitu terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku bagi wanita yang mempunyai fibroid ketika mengandung. Ini termasuklah saiz fibroid boleh membesar dan menyebabkan wanita mengalami kesakitan. Sakit ini boleh menyebabkan sesetengah wanita dimasukkan ke dalam hospital untuk diberi ubat tahan sakit yang kuat. Wanita yang mempunyai fibroid juga berisiko mengalami keguguran atau melahirkan anak pramatang. Fibroid juga boleh menganggu posisi anak dalam kelahiran dan perlu dilahirkan melalui caesarean section.

Jenis rawatan adalah bergantung kepada bilangan, lokasi dan saiz fibroid..

Kesimpulannya fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang kerap berlaku. Fibroid boleh mempengaruhi sama ada sperma dan telur bertemu, sama ada embrio dapat menempel dan memberi kesan kepada kandungan dan kedudukan bayi.

Setiap fibroid adalah berbeza, maka rawatan yang diperlukan juga berbeza. Oleh itu setiap wanita disaran agar mendapatkan nasihat dari doktor pakar fertiliti mereka bagi merancang rawatan yang terbaik.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print