Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
PARUT CAESAR "ISTHMOCELE" » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-LXfJrG

PARUT CAESAR “ISTHMOCELE”

Pernah dengar mengenai Isthmocele? Isthmocele berlaku apabila parut Caesar tidak baik dengan sempurna. Apa yang terjadi adalah terdapat ‘pouch’ terbentuk di parut Caesar menyebabkan darah haid seolah- olah bertakung di dalamnya.

Gambar di atas menunjukkan uterus yang dilihat dari belah tepi. ‘Pouch’ isthmocoele terlihat dengan jelas. Di sinilah darah haid bertakung yang mengakibatkan spotting berlaku.

Dengan peningkatan kelahiran melalui teknik Caesar, maka tidak hairanlah mengapa lebih ramai wanita mengalami kesukaran mengandung (secondary subfertility) akibat dari isthmocoele. Antara symptom seseorang wanita yang pernah Caesar mengalami isthmocoele antaranya termasuklah mempunyai spotting yang lama terutamanya pada akhir waktu haid. Wanita yang mempunyai isthmocele juga boleh mempunyai sakit ketika haid, sakit di pelvis, sakit ketika bersama serta kesukaran mengandung.

..spotting..

sakit ketika haid..

kesukaran mengandung..

Isthmocoele boleh dikesan ketika scan transvaginal atau scan dalam dilakukan. Teknik MRI pelvis juga boleh dilakukan seterusnya bagi mengukur saiz sebenar isthmocoele serta ketebalan dinding pouch yang terkesan. Namun begitu terkadang isthmocoele tidak dikesan atau terlepas pandang kerana impaknya berbeza diantara wanita dan ianya juga jarang dibincangkan.

Transvaginal Ultrasound digunakan untuk mengesan Isthmocele
Gambaran isthmocele

Antara rawatan yang boleh dilakukan bagi mengubati isthmocoele adalah melalui teknik pembedahan hysteroscopy atau laparoscopy atau kedua- duanya sekali. Teknik Hysteroscopy dilakukan dengan meletakkan kamera ke dalam rahim dan pembukaan pouch isthmocoele dibuka dengan lebih bagi mengelakkan darah haid bertakung di dalam pouch tersebut. Teknik laparoscopy pula digunakan dengan membuka semula parut Caesar yang lama dan menjahit parut tersebut semula.

Teknik rawatan hysteroscopy atau laparoscopy atau kedua-duanya digunakan untuk dirawat..

Wanita yang melakukan rawatan pembedahan untuk isthmocele adalah digalakkan untuk merancang paling kurang selama 3 bulan sebelum mencuba untuk kembali mengandung. Ini bagi memastikan parut tersebut baik dengan sempurna. Kajian menunjukkan kejayaan setinggi 44- 92% wanita berjaya mengandung secara normal selepas melalui rawatan pembedahan tersebut. Ujian transvaginal ultrasound atau MRI pelvis juga boleh diambil semula bagi menentukan pouch isthmocele sudah tiada. Wanita disaran agar melahirkan anak seterusnya melalui caesarean section kerana dikhuatiri parut yang sudah dirawat tidak kuat untuk melalui kelahiran normal.

Kadar kejayaan setinggi 44- 92%

Sekiranya anda pernah melalui caesarean dan mempunyai symptom di atas, maka anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor pakar agar ianya dapat dikesan dan dirawati.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

1 thought on “PARUT CAESAR “ISTHMOCELE””

  1. Hi doktor bole saye tahu dkat mna booe dapat kan rawatan untuk isthmocele ini, sbb saya dh cuba cari hospital sekitar KL tp mungkin kes ni agak jarang dan mereka tidak berapa familiar ttg ini . Tq

Comments are closed.