Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
METFORMIN & INOSITOL BAGI WANITA PCOS » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-xCF2JN

METFORMIN & INOSITOL BAGI WANITA PCOS

Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan ubat kesuburan seperti Clomid atau Letrozole bagi membantu ovulasi berlaku untuk wanita yang mempunyai PCOS, ubat seperti Metformin atau supplement Inositol juga diberikan kepada wanita yang mempunyai PCOS.

Pengambilan Ubat Metformin.

Ubat Metformin adalah ubat yang sering diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Namun kajian ada menunjukkan Metformin memberikan kesan yang baik bagi wanita yang mengalami PCOS. Ini adalah kerana wanita yang mempunyai PCOS mempunyai paras hormon Insulin yang tinggi akibat insulin yang tidak berkesan kepada sel dalam badan atau lebih dikenali sebagai insulin insensitivity. Akibat dari keadaan insulin insensitivity ini menyebabkan paras insulin tinggi yang mengakibatkan hormone testosterone direbeskan pada kadar yang berlebihan. Dengan mengambil Metformin, ianya menyebabkan tindak balas insulin yang lebih berkesan (Improve insulin insensitivity) dan secara terus menyebabkan paras testosterone menurun.

Metformin membantu ovulasi berlaku, mengurangkan berat badan, menurunkan paras hormone testosterone, mengurangkan risiko keguguran dan mengalami kencing manis ketika mengandung

Selain itu, metformin juga membantu ovulasi berlaku apabila diambil bersama clomid/ letrozole, mengurangkan berat badan, menurunkan paras hormone testosterone, mengurangkan risiko keguguran dan mengalami kencing manis ketika mengandung. Ada kajian yang menunjukkan pengambilan metformin akan meningkatkan kadar kehamilan bagi wanita yang mengalami PCOS dan melalui rawatan IVF.

Namun begitu, metformin boleh memberikan kesan sampingan. Ini termasuklah seperti merasa mual, muntah, cirit-birit, sakit perut dan hilang selera makan. Kesan sampingan ini berlaku pada lebih dari 1 dari 10 orang yang menggunakan metformin tetapi ia paling kerap berlaku pada awal rawatan. Apabila badan sudah terima pada seketika waktu pengambilannya, kesan sampingan ini akan berkurangan. Mengambil metformin sejurus selepas makan dapat membantu mengurangkan kesan sampingan ini.

Metformin boleh memberikan kesan sampingan seperti merasa mual, muntah, cirit-birit, sakit perut dan hilang selera makan

Pengambilan Supplement Inositol

Inositol adalah zat atau bahan seperti vitamin larut dalam air. Inositol kadang-kadang disebut vitamin B8. Inositol terdapat di semua sel, dengan kadar yang tertinggi terdapat di jantung dan otak. Hati memerlukan inositol untuk memproses dan memecahkan lemak, dan otot dan saraf memerlukannya untuk berfungsi dengan baik. Inositol terdapat dalam banyak makanan seperti buah, kekacang dan biji-bijian.

Inositol terdiri dari beberapa bentuk. Yang paling biasa diketahui adalah myo-inositol dan D-chiro-inositol. Kedua-dua bentuk inositol ini sedang dikaji kesannya kepada Wanita yang mengalami PCOS.

Kajian menunjukkan inositol dapat meningkatkan kadar ovulasi berlaku dan membantu kitaran haid menjadi lebih teratur. Di samping itu ada juga yang menunjukkan Wanita berjaya menurunkan berat badan dan meningkatkan kadar kolesterol “baik”, HDL. Tidak seperti Metformin, inositol lebih mesra diterima dan kurang kesan sampingan.

Inositol dapat meningkatkan kadar ovulasi berlaku dan membantu kitaran haid menjadi lebih teratur

Namun begitu, lebih data dan maklumat diperlukan bagi mengkaji keberkesanan Inositol. Buat ketika ini ramai yang akan memberikan Metformin sebagai pilihan utama. Inositol diberikan kepada mereka yang mengalami kesan sampingan yang kuat akibat dari pengambilan Metformin.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda digalakkan untuk mendapat nasihat doktor bagi mendapat penjelasan yang sebaiknya.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print