Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
LANGKAH KURANGKAN OHSS » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-KwTV7J

LANGKAH KURANGKAN OHSS

Seperti yang kita ketahui OHSS adalah salah satu komplikasi yang boleh berlaku akibat dari rawatan kesuburan. Dianggarkan antara 3- 8% OHSS berlaku dikalangan wanita yang melalui rawatan IVF/ICSI. OHSS berlaku apabila ovari membengkak dan menghasilkan sejenis bahan di dalam badan yang menyebabkan salur pembuluh darah menjadi telus. Akibatnya berlaku pemindahan cecair badan dari pembuluh darah ke tempat lain seperti perut dan peparu.  Ini menyebabkan darah di dalam pembuluh darah menjadi pekat dan risiko seperti darah beku boleh berlaku. Wanita yang mempunyai cecair bertakung di dalam perut dan peparu boleh merasa perutnya kembung dan susah bernafas.

3- 8% OHSS berlaku dikalangan wanita yang melalui rawatan IVF/ICSI

Namun begitu apakah langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko OHSS?

Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:-

  • Menggunakan dos hormone yang sederhana (tidak tinggi) apabila ovari dirangsang. Bagi wanita yang dianggap berisiko untuk mengalami OHSS, dose hormone yang lebih rendah digunakan bagi mengurangkan risiko OHSS.
  • Memilih protokol rangsangan hormone ynag dikenali sebagai Antagonist Protocol. Jenis protokol Antagonist ini adalah protokol pendek yang menggunakan kombinasi hormon yang tertentu. Protokol ini dapat mengurangkan risiko OHSS berbanding dengan protokol lain tanpa mengurangkan peluang mengandung.
  • Mengelakkan penggunaan hormone HCG sebagai “trigger” dan menggunakan hormone GnRH agonist sebagai “trigger”. Ubat suntikan trigger adalah sejenis suntikan yang terakhir bagi mematangkan telur yang sudah besar sebelum dikutip.
  • Mengambil langkah “freeze all”. Embryo yang terhasil akan dibekukan dan tiada fresh transfer akan dibuat pada kitaran yang sama. Ini dapat mengelakkan OHSS berlaku terutamnya “late OHSS” iaitu OHSS yang berlaku lebih dari 9 hari dari suntikan trigger. Langkah freeze all ini bukan sahaja dapat mengelakkan OHSS berlaku malah ianya didapati dapat meningkatkan peluang mengandung dikalangan wanita yang berisiko mengalami OHSS. Embryo yang telah dibekukan ini akan diletakkan semula ke dalam rahim pada kitaran yang akan datang melalui proses Frozen Embryo Transfer (FET).
  • Pengambilan Metformin ketika rawatan IVF/ICSI dilakukan. Metformin adalah ubat yang meningkatkan keberkesanan insulin di dalam badan. Kajian menunjukkan apabila metformin digunakan ianya dapat membantu mengurangkan risiko OHSS.
  • Pengambilan Cabergoline oleh wanita yang mempunyai symptom dapat mengurangkan ianya mendapat moderate dan severe OHSS. Pengambilan Cabergoline ini tidak akan menjejaskan peluang mengandung seseorang wanita tersebut.
  • Menghentikan rawatan IVF/ICSI. Bagi sesetengah keadaan apabila didapati ovari memberi respon yang terlampau tinggi dengan penghasilan terlalu banyak folikel, menghentikan rawatan IVF/ICSI adalah antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan OHSS berlaku. Namun begitu dengan adanya penggunaan ubat rangsangan pada dos yang rendah, GnRH agonist sebagai trigger dan langkah freeze all dapat mengelakkan dari OHSS berlaku.

OHSS adalah salah satu komplikasi yang boleh berlaku bagi wanita yang melalui rawatan kesuburan. Ianya boleh dikurangkan dengan mengambil langkah- langkah tertentu. Bagi wanita yang bersiko untuk mengalami OHSS, penerangan yang secukupnya perlu diberikan sebelum rawatan dimulakan. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print