Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
KESUBURAN LELAKI » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-b5hz3H

KESUBURAN LELAKI

Lelaki juga boleh mempunyai masalah kesuburan, namun agak berbeza dengan wanita. Untuk kesuburan yang optimum, seseorang lelaki itu perlu mempunyai bilangan sperma yang normal. Sperma perlu mampu untuk bergerak menuju ke dalam rahim dan seterusnya ke dalam tiub fallopian dan bersenyawa dengan telur. Sperma perlu mempunyai bentuk yang normal dan mempunyai kebolehan untuk bersenyawa dengan telur agar embrio dapat terbentuk.

Sperma dihasilkan di dalam testis. Ianya mula dihasilkan seawal waktu usia akhil baligh dan memakan masa hampir 90 hari untuk terbentuk. Sekiranya testis pernah menghadapi kecederaan atau trauma, jangkitan, atau pembedahan ianya boleh memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan.

”Sperma mengambil masa hampir 90 hari untuk dihasilkan”

Masalah Sperma

Apabila sampel sperma disaring, sampel tersebut akan disaring dengan melihat pada jumlah sperma yang ada, pergerakkan sperma dan bentuk sperma tersebut. Berpandukan kriteria yang telah ditetapkan oleh World Health Organization (WHO), bacaan sperma yang normal adalah apabila

  • bilangan sperma yang lebih dari 15 juta bagi setiap mililiter,
  • mempunyai kadar peratusan 32% dari sperma tersebut bergerak ke hadapan (progressive motility) dan
  • sekurang-kurangnya 4% dari jumlah sperma tersebut mempunyai bentuk yang normal.

Bagaimanakah bacaan sperma disaring?

Pasangan yang telah setahun mencuba namun masih tidak berjaya untuk menimang cahaya mata, disarankan untuk datang ke klinik kesuburan bagi menjalani ujian saringan kesuburan. Ini termasuklah menjalani saringan ujian air mani agar bacaan sperma dapat dibuat. Namun bagi mereka yang sudah mempunyai masalah kesihatan di mana ianya boleh mempunyai impak kepada kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan dinasihatkan agar melakukan saringan dengan lebih awal.

Sebelum menjalankan ujian saringan ini, terdapat bebrapa perkara yang perlu dilakukan agar saringan yang dilakukan mampu memberikan keputusan yang tepat. Lelaki yang ingin menjalankan ujian air mani perlu mengelakkan hubungan suami isteri atau ejakulasi antara 2- 5 hari sebelum ujian di lakukan. Lelaki tersebut juga perlu berada dalam keadaan sihat ketika ujian di lakukan. Ini adalah kerana sesetengah keadaan yang suboptimal seperti demam atau pengambilan sesetengah ubat boleh memberi kesan kepada bacaan sperma yang dibuat.

Sekiranya ujian sperma yang dilakukan adalah suboptimal atau tidak normal, ujian sperma ini selalunya akan dibuat semula dalam masa 3 bulan lagi bagi memastikan keputusan yang diberi adalah betul dan bukannya disebabkan keadaan kesihatan seperti demam dan sebagainya yang boleh memberi impak pada sperma yang dihasilkan.

FAKTA SAINS: Seramai 1 dari 3 pasangan yang mempunyai masalah kesuburan adalah di sebabkan oleh masalah sperma

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print