Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
IVF Attrition Rate: Berapa Embryo Saya? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-JhUUNu

IVF Attrition Rate: Berapa Embryo Saya?

Terdapat pelbagai soalan yang bermain difikiran bagi pasangan TTC yang akan menjalani rawatan IVF. Antara persoalan tersebut termasuklah: Berapa banyakkah embryo yang akan terhasil pada satu kitaran rawatan IVF?

Realiti: IVF Attrition Rate

Semua pasangan inginkan hasil yang terbaik. Ini termasuklah para doktor, jururawat dan embryologist. Namun begitu suatu perkara yang penting yang perlu dimiliki bagi setiap yang melalui rawatan kesuburan adalah mempunyai pengharapan yang realistik mengenai kejayaan proses IVF.

Salah satu aspek proses IVF yang sangat penting untuk difahami adalah IVF Attrition Rate. IVF Attrition Rate adalah kadar di mana bilangan telur dan embryo akan berkurang sebaik sahaja proses persenyawaaan dan perkembangan embryo dilaksanakan di dalam makmal.

Dengan kata lain, tidak kesemua telur yang diambil menghasilkan embryo. Sebaliknya, bilangan ini  secara beransur-ansur akan menurun dalam jumlahnya. Dari bilangan telur yang dikutip, hingga bilangan yang matang, ke proses persenyawaan, dan melalui ke tahap perkembangan embrio.

Tidak setiap telur yang dihasilkan oleh wanita akan menjadi embrio.

Ini adalah normal!

Fakta ini semestinya membimbangkan pasangan TTC, tetapi inilah cara kehamilan berlaku termasuklah dalam proses semula jadi. Dengan IVF, kita dapat kelebihan dengan melihat pemilihan semula jadi (natural selection) berlaku di dalam makmal .

Contoh IVF Attrition

Seperti yang kita ketahui, fasa IVF pertama adalah untuk merangsang ovari dan menghasilkan sebanyak mungkin folikel dominan. Dalam kitaran haid yang normal, wanita menghasilkan beberapa folikel. Daripada bilangan folikel tersebut satu akan menjadi dominan dan selebihnya diserap badan. Folikel dominan itu melepaskan telur ke dalam tiub fallopio semasa ovulasi dan disenyawakan oleh sperma pada ketika itu.

Dengan IVF, kitaran ini di manipulasi dengan mendapatkan sebilangan besar folikel untuk berkembang ke fasa dominan. Seterusnya telur tersebut dikutip melalui proses Oocyte Pickup.

Katakan 10 Telur Diperolehi…

Dari 10 yang dikutip tidak semua telur dapat digunakan. Kenapa? Kerana hanya telur matang (melalui proses meiosis II) yang dapat disenyawakan. Walaupun tujuan adalah untuk memiliki semua telur yang matang, telur berkembang pada kadar yang berbeza. Maka terdapat variasi dari tahap kematangan telur tersebut. Suntikan “Trigger” akan diberikan pada waktu yang optimum apabila kebanyakkan folikel sudah dianggap besar.

Oleh itu, daripada 10 telur yang diambil, dijangkakan kira-kira 80% akan matang. Itu memberi kita 8 biji telur boleh disenyawakan.

8 Telur Disenyawakan…

Proses persenyawaan dengan menggunakan teknik IVF atau ICSI. Teknik IVF berlaku apabila telur dikelilingi oleh sperma dalam piring petri yang sama. Satu sperma akan masuk ke telur untuk persenyawaan. Ini adalah lebih natural dan boleh dilakukan apabila kualiti sperma baik. ICSI, atau suntikan sperma ke dalam telur, adalah ketika embryologist memilih sperma dan menyuntikkannya secara manual ke dalam telur, persenyawaan berlaku dengan cara ICSI. Ini digunakan khas bagi bacaan sperma yang tidak memuaskan.

Dengan menjangkakan 80% telur matang akan disenyawakan, maka terdapat 6 embryo terhasil.

6 embrio tersebut akan melalui peringkat perkembangan embrio…

Langkah seterusnya perkembangan embryo di makmal selama 5-6 hari. Selepas 3 hari, embrio mempunyai 6-8 sel. Secara umum, kebanyakan embrio akan mencapai tahap ini. Kadar penurunan yang paling besar datang dari hari ke 3 hingga hari ke 5-6, atau tahap blastocyst. Blastocyst adalah peringkat terakhir embrio sebelum transfer atau pembekuan dilakukan. Hanya 30-50% embrio yang pada hari ke-3 akan mencapai tahap blastocyst. Oleh itu, dari 6 embrio yang awalnya disenyawakan, kira-kira 2-3 blastocyst akan dapat di transfer serta dibekukan.

….kira-kira 2-3 blastocyst akan dapat di transfer serta dibekukan…

Perlu diketengahkan di sini, setiap keadaan adalah berbeza. Sesetengah pasangan memperoleh bilangan yang lebih baik; sesetengah yang lain akan mempunyai bilangan yang lebih rendah. Dengan adanya kefahaman ini, ianya dapat membantu pasangan meletakkan pengharapan mereka pada tahap yang sebaiknya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekiranya terdapat apa- apa persoalan dinasihatkan pasangan untuk bertanyakan kepada doktor pakar kesuburan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print