Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
IUI ATAU IVF? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-C3QwPG

IUI ATAU IVF?

Apa beza antara IUI dan IVF? Kenapa kos IVF jauh lebih mahal berbanding dengan IVF?

Mungkin ini menjadi persoalan utama yang bermain di fikiran setiap pasangan. Terutamanya bagi pasangan yang mempunyai ujian saringan yang normal (atau unexplained infertility), mereka mungkin akan memikirkan apakah cara rawatan kesuburan yang terbaik untuk mereka. Selain dari kos yang berbeza antara IUI dan IVF, apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan sekiranya mereka ingin menjalankan rawatan kesuburan.

Kalau dilihat IUI melibatkan rangsangan kepada ovary, kemudiannya folikel yang terangsang akan disaring dengan menggunakan alat ultrasound scan pada hari tertentu. Apabila folikel sudah mencapai saiz yang optimum, maka sperma akan dihantar ke dalam rahim dengan menggunakan tiub ke dalam rahim. Ketika IUI rangsangan yang diberikan adalah untuk merangsang 2 hingga empat folikel dan bukanlah merangsang pada tahap maksima.

IVF pula melibatkan rangsangan kepada ovary yang lebih intensif dengan menggunakan suntikan hormon pada setiap hari selama 10-12 hari diawal kitaran haid. Selepas folikel sampai pada siaz yang optimum ianya akan diambil sewaktu prosedur OPU (Oocyte Pick Up) dan kemudiannya disenyawakan di dalam makmal. Embryo yang terhasil akan membahagi dan berkembang di dalam makmal selama beberapa hari sebelum ianya diletakkan semula ke dalam rahim. Jika terdapat embrio yang lebih ianya akan dibekukan untuk kitaran akan datang. Berbeza dengan IUI, rangsangan yang baik adalah untuk memperoleh sekitar 8-15 telur untuk disenyawakan.

Di sini dapat diringkaskan perbezaan antara kedua-dua teknik IUI dan IVF. Teknik IUI adalah untuk menyingkatkan perjalanan sperma untuk bertemu dengan telur selepas ovulasi berlaku. Sperma akan dihantar ke dalam rahim ketika waktu ovulasi berlaku. Namun begitu IUI tidak dapat memberi maklumat samada sperma berjaya berjumpa dengan telur atau tidak, samada berlakukah persenyawaan atau pun tidak dan samada selepas persenyawaan adakah embrio membahagi seperti yang dijangakakan berlaku.

IVF dapat memberikan informasi yang lebih berbanding IUI mengenai adakah persenyaan berlaku, samada embrio yang terbentuk membahagi dengan normal, apakah gred embrio yang terhasil dan peratusan kejayaan penempelan di dinding rahim.

Embrio yang berjaya membahagi dengan normal akan diletakkan semula ke dalam rahim. Sekiranya terdapat penempelan berlaku dan berjaya membahagi dan membesar dengan jayanya terjadilah kandungan yang diimpikan. Namun sekiranya embrio tersebut tidak menempel, membahagi dan membesar dengan normal maka kandungan tidak berlaku.

Namun begitu, kedua-dua teknik IUI dan IVF bukanlah menjanjikan kejayaan 100%. IUI mempunyai peratus kejayaan sekitar 15-25% dan IVF pula setinggi 30-40%.

Peratus kejayaan komulutif bagi kedua- dua teknik IUI dan IVF akan bertambah dengan lebih kitaran rawatan yang dilakukan. Walaupun IVF memberikan peratus kejayaan yang lebih tinggi, rawatan IVf adalah lebih intensif, memerlukan prosedur OPU dan transfer dan lebih mahal berbanding dengan IUI.

Apakah rawatan yang terbaik bagi pasangan yang mengalami unexplained infertility bergantung kepada setiap pilihan pasangan.

Sila berbincang dan dapatkan nasihat doktor anda untuk mendapatkan pilihan yang sesuai dan terbaik.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print