Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
INSENTIF KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-y3jAaE

INSENTIF KESUBURAN

Pada ketika ini dianggarkan satu dari enam pasangan suami isteri mengalami masalah kesuburan. Peningkatan masalah kesuburan ini berlaku di atas faktor tertentu. Ini termasuklah penukaran struktur sosial masyarakat di mana golongan wanita memilih untuk menamatkan pendidikan tinggi di universiti terlebih dahulu. Begitu juga peluang kerjaya yang lebih meluas pada ketika ini. Sekiranya dahulu ramai yang sudah berumah tangga pada awal 20-an, namun kini usia wanita ketika berumah tangga meningkat secara purata kepada 26 tahun. Purata usia ibu bersalin anak pertama juga meningkat kepada 28 tahun. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) juga mendapati semakin ramai pasangan tidak meletakkan keutamaan melahirkan anak di usia muda. Ramai yang mendahukan kerjaya dan kestabilan kewangan.

Kajian turut menunjukkan antara sebab utama mengapa pasangan menangguh melahirkan anak adalah kerana kesukaran yang dihadapi oleh wanita bekerja untuk mengimbangi peranan dalam keluarga dan tempat kerja. Namun begitu, menanguh untuk berumah tangga dan menimang cahaya mata merupakan satu langkah yang berisiko. Ini adalah kerana kadar kesuburan wanita akan mula menurun bermula pada usia awal 30-an. Penurunan kadar kesuburan ini akan munurun dengan lebih lagi pada usia 35 tahun dan terus menurun dengan mendadak pada usia 40 tahun ke atas. Ada juga yang beranggapan teknologi rawatan kesuburan yang maju boleh mengatasi masalah kesuburan secara menyeluruh. Namun begitu peratus kejayaan rawatan kesuburan ini amat bergantung kuat kepada faktor usia wanita.

Pada masa yang sama, terdapat peningkatan kes ketidaksuburan di kalangan lelaki. Ini dapat dikesan melalui penurunan jumlah dan kualiti sperma secara umumnya. Penurunan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Sehubungan dengan itu, pengumuman Insentif Kesuburan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng adalah amat dialukan. Insentif ini membolehkan individu mengeluarkan simpanan wang KWSP sehingga RM 10,000 untuk pasangan suami isteri yang memerlukan rawatan kesuburan dalam bentuk IVF. Tambahan daripada itu, pengecualian cukai sebanyak RM6,000 turut diberikan kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan.

Insentif ini sememangnya langkah terbaik memandangkan Malaysia mencatat penurunan kadar kesuburan yang mendadak. Jika dilihat pada tahun 1980, purata kadar kesuburan adalah seramai 4 orang anak bagi setiap keluarga. Namun pada tahun 2018, kadar purata ini merudum kepada 1.9 orang anak bagi setiap pasangan. Ini adalah kadar yang paling rendah pernah dicatatkan sehingga kini. Ianya juga mencatatkan kadar pertumbuhan yang negatif dimana jumlah bilangan anak yang dilahirkan di bawah garis penggantian. Ini bermakna bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang tempoh kesuburannya tidak mencukupi untuk menggantikan diri dan pasangannya. Tanpa sebarang langkah yang berkesan, kadar penurunan kesuburan ini dianggar akan terus merosot pada masa akan datang.

Teknologi rawatan IVF atau turut dikenali sebagai bayi tabung uji adalah salah satu rawatan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kesuburan pasangan suami isteri. Rawatan tersebut melibatkan persenyawaan telur dan sperma di dalam makmal sebelum dimasukkan semula kedalam rahim. Namun begitu, terdapat kebimbangan khususnya di kalangan umat Islam, apabila proses tersebut boleh melibatkan penggunaan penderma telur dan sperma di luar ikatan perkahwinan yang sah.

Sebagai memenuhi keperluan ini, Pusat Kesuburan Sophea telah beroperasi mulai November 2019 bagi menawarkan perkhidmatan kesuburan yang hanya menggunakan sperma dan telur dari pasangan suami isteri secara eksklusif. Ini di harap akan dapat mengatasi kebimbangan dan memastikan pasangan suami isteri dapat memiliki zuriat yang mempunyai nasab keturunan yang jelas dan dihormati.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print