Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
HENTIKAN RAWATAN KERANA COVID-19 » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-mgVAsl

HENTIKAN RAWATAN KERANA COVID-19

“Doktor, saya tak faham. Kalau betul lah Covid-19 ni merbahaya untuk ibu- ibu yang mengandung, kenapa hanya kami yang mendapat rawatan kesuburan sahaja yang perlu dihentikan menerima rawatan kesuburan. Kenapa tak orang lain?”

“Maksud puan?”

“Yelah. Kalaulah betul Covid-19 ini merbahaya. Kenapa mereka tidak suruh semua wanita yang boleh mengandung mengambil alat perancang keluarga. Kenapa mereka boleh mengandung. Kenapa kami tidak boleh?”

“Kami sudah lama menunggu dan membuat pelbagai rawatan selama ini. Tiba- tiba rawatan kami dihentikan. Berapa lama lagi perlu kami tunggu? Semua tahu kesuburan wanita merosot dengan usia. Malah semua suruh cepat lakukan rawatan kesuburan. Jangan tunggu lama- lama. Sekarang mereka suruh tunggu pula. Tunggu sampai bila doktor? Sebulan dua mungkinlah kami boleh tunggu tapi kalau sampai enam bulan, setahun? Siapa yang nak tunggu doktor? “

Berapa lama perlu kami tunggu doktor?

“Ya puan. Memang keadaan sekarang ini amat merisaukan. Sebab virus Covid-19 adalah virus baru, maka maklumat yang kami ada teramat terhad”.

“Ada tak setakat ini doktor, kalau ibu dapat Covid-19, ada tak data yang menyatakan bayi yang dikandung tidak sihat? Cacat ke? Saya buat bacaan so far tak ada doktor. Ramai yang kata tiada maklumat yang menyatakan ianya boleh menyebabkan kandungan tidak sihat”.

“Betul itu puan. Setakat ini memang tak ada data yang menyatakan yang jangkitan Covid-19 pada ibu boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi di dalam kandungan. Covid-19 tidak seperti Zika Virus. Zika virus boleh menyebabkan bayi dilahirkan mengalami kecacatan. Data yang tkita ada setakat ini menunjukkan bagi ibu yang dijangkiti Covid-19, bayi di dalam kandungan adalah selamat. Bayi tersebut tidak dijangkiti oleh Covid-19. Ini bermaksud ianya tidak berjangkit dari ibu ke bayi (vertical transmission). Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti Covid-19 juga dilaporkan sihat. Tiada juga data setakat ini yang menyatakan ibu yang dijangkiti Covid-19 mempunyai lebih risiko untuk keguguran atau melahirkan bayi pramatang”.

Covid-19 tidak seperti Zika

“Jadi apa yang mereka risaukan sangat sampai rawatan kesuburan tidak diteruskan?”

“Hampir kesemua persatuan kesuburan diseluruh dunia menyarankan rawatan kesuburan dihentikan buat seketika kerana adalah diketahui, wanita yang mengandung mempunyai tahap immunity yang lebih rendah jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mengandung. Oleh itu, secara teorinya, wanita yang mengandung lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Tambahan pula, ubat anti-viral yang digunakan untuk mengubati ada yang tidak boleh diberikan pada wanita yang mengandung kerana risiko terhadap bayi di dalam kandungan”. 

“Namun begitu, setakat ini wanita yang mengandung dan dijangkiti Covid-19 tidak mengalami tahap jangkitan yang lebih serius berbanding dengan orang lain”. 

“Habis tu kenapa tak halang semua orang agar jangan mengandung?”

“Ini adalah kerana, rawatan kesuburan adalah rawatan perubatan. Ianya boleh dirancang dan dihentikan buat seketika waktu. Kandungan yang berlaku secara normal kebanyakkannya tidak dirancang dan tidak boleh dihentikan”. 

“Pada masa yang sama, kemudahan kesihatan yang ada di hospital -hospital awam dan swasta juga akan berada dalam keadaan tepu dan tidak boleh menampung keperluan yang sedia ada sekiranya wabak ini berterusan”. 

“Saya terkilan doktor. Bila rawatan dihentikan, seolah- olah rawatan kami ini tidak penting. Ini adalah hak kami juga doktor. Berapa lama perlu kami tunggu?”

“Sekurang- kurangnya sehingga wabak ini berada di dalam kawalan dan risiko bagi ibu yang mengandung adalah pada tahap minima. Oleh itu bagi wanita yang belum memulakan rawatan kesuburan, rawatan ini dihentikan buat seketika dahulu. Bagi yang telah memulakan rawatan kesuburan, mereka dinasihatkan untuk membekukan embrio mereka buat ketika ini. Serta melakukan frozen embryo transfer (FET) bila keadaan lebih terkawal. 

Adakah rawatan kesuburan kami tidak penting? Sehingga kami kena tunggu?

“Adakah FET akan memberi apa- apa kesan pada kejayaan mengandung?”

“Kini didapati FET dan fresh transfer mempunyai tahap kejayaan yang sama. Malah FET adalah salah satu teknik yang biasa kami lakukan bagi mengelakkan sesetangah pesakit mengalami hyperstimulasi atau lebih dikenali sebagai OHSS (Ovarian Hyperstimulation Syndrome)”. 

“So far doktor, Covid-19 ini ada tak memberi kesan pada telur atau sperma?” 

“Maksud puan pada kualiti telur atau sperma?Tiada data yang menyatakan covid-19 akan memberi kesan kepada kesuburan atau kepada kualiti telur dan sperma”. 

“Semestinya puan terasa hampa dan sedih atas apa yang berlaku sekarang. Wabak yang berlaku kini tidak ada siapa yang menjangkakan sehingga seteruk ini. Ini semua diluar jangkaan. Namun setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Saya menasihatkan agar setiap pasangan mendapatkan nasihat dan pendapat doktor pakar sebelum membuat apa- apa keputusan mengenai rawatan kesuburan. Ketika kita menunggu agar keadaan menjadi lebih baik jangan lupa amalkan gaya hidup yang sihat. Makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman walaupun di dalam rumah. Jangan lupa ubat Folic Acid dan Vitamin D sebagai persediaan bagi bakal ibu”.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print