Terdapat kajian yang menunjukkan wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap mempunyai jangka hayat yang lebih pendek dari wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Malah kajian tersebut menunjukkan wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap berisiko menghadapi penyakit darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis pada masa akan datang.
Nurses’ Health Study yang mengumpul data dari tahun 1976 dari hampir 80 000 wanita telah membuktikan terdapat hubungan antara kitaran haid dan jangka hayat. Kitaran haid yang tidak tetap, termasuklah kitaran haid yang terlalu panjang oleh seseorang wanita seawal usia remaja dan ketika dewasa membuatkan wanita berisiko untuk mempunyai jangka hayat yang pendek – iaitu sebelum usia 70 tahun. Terdapat juga hubungan yang kukuh antara kitaran haid tidak menentu dengan penyakit kronik.
Sepanjang kajian, kitaran yang normal dikategorikan antara 26- 31 hari. Ini adalah majoriti (75%) di kalangan peserta wanita. Kitaran haid yang berganjak antara 3- 4 hari dikategorikan sebagai kitaran yang tetap. Namun kitaran haid anatara 21 hari atau kurang ke lebih dari 50 hari atau lebih dikategorikan sebagai kitaran yang tidak tetap.
Keputusan menunjukkan dari 80, 000 peserta terdapat 1975 kematian awal iaitu sebelum usia mencecah 70 tahun. Kematian di dapati lebih tinggi dikalangan wanita yang mempunyai kitaran yang tidak tetap. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan berbanding dengan wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap, wanita yang kitaran haidnya tidak tetap mempunyai lebih risiko utuk menhadapi penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
Oleh itu dapat disimpulkan di sini, kitaran haid adalah petanda kesihatan seseorang wanita. Setiap bulan, wanita yang telah baligh perlu mempunyai haid setiap bulan. Haid perlu datang setiap bulan. Jika ianya tidak datang atau tidak mempunyai kitaran yang tetap, wanita perlu membuat pemeriksaan dan dapatkan rawatan sebaiknya.
Reference