Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
DINDING RAHIM AWESOME! » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-YD6UnT

DINDING RAHIM AWESOME!

Pernah tak kita terfikir apa yang berlaku pada dinding rahim setiap kali mendapat haid. Bayangkan setiap bulan dinding rahim tersebut menebal dan kemudiannya jatuh sebagai darah haid. Selepas lapisan tersebut gugur sebagai haid, lapisan yang baru akan terbentuk dan menebal semula sehingga ianya jatuh kembali sebagai haid.

Dianggarkan dari umur baligh sehingga putus haid (menopause) seseorang wanita akan mengalami hampir 150 hingga 450 kali haid. Jika dikira ini dianggarkan selama 10 tahun atau 3500 hari wanita itu dalam keadaan haid sepanjang usia beliau. Waah lamanya! Ini semestinya bergantung kepada aspek lain seperti usia akil baligh, berapa kali mengandung serta usia putus haid.

450 kali haid seumur hidup wanita

Jika dibandingkan dengan dahulu, sebagai contoh pada tahun 1800, ahli sejarah mencatatkan usia baligh seseorang wanita adalah pada lingkungan 17 tahun. Namun kini, ramai yang baligh pada usia yang jauh lebih awal iaitu pada 12 tahun. Ahli saintis menyatakan sebab utama kenapa umur akil baligh jauh lebih awal adalah kerana nutrisi yang jauh lebih baik berbanding pada tahun 1800. Masyarakat juga makan lebih banyak. Oleh itu terdapat lebih estrogen yang terhasil dari sel lemah yang ada. Maka lebih awal usia baligh.

10 tahun lamanya mengalami haid..

Berbalik semula kepada lapisan rahim yang menakjubkan ini. Setiap bulan di awal kitaran haid, sel- sel di dinding rahim akan melalui follicular phase – di mana ianya akan menebal. Penebalan lapisan dinding rahim ini terhasil di bawah pengaruh hormone estrogen. Ianya akan membahagi dan terus menebal. Folikel telur juga pada masa yang sama akan membesar dan menjadi matang. Apabila ovulasi berlaku, hormone progesterone akan dirembeskan. Ini membantu sel- sel dinding rahim ini membuat penyesuaian dan bersedia untuk proses penempelan embrio. Ketika ini dinding rahim tersebut melalui luteal phase. Namun sekiranya tiada penempelan berlaku, dinding rahim ini akan jatuh sebagai darah haid. Dinding rahim tersebut melalui proses inflamasi dan tissue breakdown. Dalam selang beberapa hari kemudiannya, lapisan dinding rahim itu akan kembali semula dan mula menebal. Walaupun ianya melalui proses inflamasi dan tissue breakdown, namun proses pembaikian tersebut berlaku tanpa sebarang parut atau lebih dikenali sebagai scarless repair.

Perubahan dinding rahim pada kitaran haid

Proses ini akan berlaku setiap bulan dari usia baligh sehingga putus haid. Lain pula yang akan berlaku apabila implantasi berlaku dan mengandung. Sememangnya ciptaan tuhan teramat lengkap, halus dan teliti. Tidak mungkin ianya berlaku secara semulajadi.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print