Bagi sesetengah pasangan, rawatan IVF adalah satu rawatan yang penuh dengan liku dan cabaran. Salah satu kaedah terapi diri yang dapat membantu pasangan menghadapi situasi tersebut adalah dengan menulis dan meluah perasaan yang sedang dihadapi. Dalam pada itu, ia juga dapat menjadi refleksi hidup pasangan sejak mula berumahtangga hingga ke saat rawatan dijalankan, di samping menjadi sumber kenangan pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, diari ini turut diadun dengan selingan ayat Al-Quran yang berkaitan sebagai sumber kekuatan dan ketenangan diri yang amat diperlukan. Sila muat turun diari dalam format eBook PDF ini secara percuma melalui pautan berikut: Diari Perjalanan IVF.
Semoga perjalanan IVF dan urusan anda dipermudahkan.