Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BOLEHKAH SCAN KETIKA HAID? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-4kiyar

BOLEHKAH SCAN KETIKA HAID?

Ya boleh. Malah scan dalam ketika waktu haid adalah salah satu perkara yang biasa dilakukan di klinik kesuburan. Ini adalah kerana setiap kitaran adalah bermula pada hari pertama haid. Untuk memulakan rawatan kesuburan, ubat yang diberikan adalah pada awal kitaran- iaitu ketika haid datang. Tujuan utama scan dalam dilakukan adalah untuk memastikan dinding rahim tidak tebal dan tiada folikel yang besar atau cyst di ovari. Sekiranya dinding rahim tidak tebal dan tiada folikel yang besar kelihatan maka rawatan kesuburan seperti pil subur atau hormon boleh diberikan.

“Kitaran bulanan wanita ini adalah bagaikan orchestra. Jadi apabila kita masuk (mulakan rawatan), ianya perlulah pada waktu yang betul. Supaya tidak salah tune”

Saya selalu teringat akan apa yang dipesan oleh Professor saya dahulu- “Kitaran bulanan wanita ini adalah bagaikan orchestra. Jadi apabila kita masuk (mulakan rawatan), ianya perlulah pada waktu yang betul. Supaya tidak salah tune”

Maka semestinya boleh. Serta biasa kami lakukan scan ketika haid. Anda dinasihatkan untuk membawa tuala wanita lebihan sekiranya darah haid anda “heavy”. Semoga urusan anda dipermudahkan.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print