Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BERDARAH SELEPAS BERSAMA? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-V09VHl

BERDARAH SELEPAS BERSAMA?

Ada sesetengah pasangan risau untuk bersama kerana pernah berdarah selepas bersama (hubungan sex). Dianggarkan sekitar 9-10% wanita yang berusia antara 20hingga 40-an mengalami pendarahan selepas bersama dengan suami.

Apakah puncanya?

Bagi wanita yang masih mempunyai kitaran haid, punca berlakunya pendarahan adalah selalunya daripada pangkal rahim atau cervix. Ini termasuklah keadaan yang dinamakan cervical ectripion, jangkitan, polyp di pangkal rahim, luka di faraj atau di pangkal rahim, selaput dara yang masih ada dan juga kanser pangkal rahim.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya ini berlaku, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk diperiksa. Apa yang berlaku ketika diklinik adalah doktor akan mengambil sejarah latar belakang anda termasuklah maklumat yang lebih teliti mengenai pendarahan yang berlaku ketika bersama, samada darah tersebut adalah darah merah (fresh) atau darah lama (yang berwarna gelap atau coklat), sakit ketika bersama, keputihan dan juga kitaran haid anda.

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal pada faraj anda dan menggunakan alat yang dinamakan speculum untuk memeriksa faraj dan juga pangkal rahim. Pangkal rahim akan diperhatikan untuk memastikan tiada polyp atau cervical ectropian. Ujian pap smear juga akan dilakukan pada masa yang sama. Pemeriksaan ini diteruskan dengan ujian ultrasound.

Apakah itu Cervical Ectropion?

Cervical ectropion adalah antara punca mengapa berlakunya pendarahan selepas bersama. Ia berlaku apabila sel- sel yang berada di dalam pangkal rahim, keluar dan berada di bahagian yang terdedah di bahagian luar pangkal rahim. Sel- sel di dalam ini juga dikenali sebagai glandular cells, di mana ianya senang berdarah apabila tersentuh.

Cervical ectropion bukanlah kanser. Ia juga tidak memberi kesan kepada kesuburan.

Cervical ectropion bukanlah sejenis kanser. Ia juga tidak memberi kesan kepada kesuburan.

Apakah tanda- tanda seseorang wanita itu mempunyai Cervical Ectropion?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai cervical ectropion tidak mempunyai apa- apa tanda. Sebahagiannya mempunyai pendarahan selepas bersama, masalah keputihan dan ada yang mengalami kesakitan ketika bersama. Apabila pemeriksaan dilakukan termasuklah ketika melakukan pemeriksaan pap smear, pangkal rahim kelihatan lebih merah dan senang berdarah apabila tersentuh dengan speculum atau alat pap smear tersebut.

Bagaimana ianya boleh dirawat?

Apabila cervical ectropion menyebabkan seseorang wanita itu berdarah selepas bersama atau mendapat keputihan, ianya boleh dirawat dengan melakukan prosedur kecil di mana, glandular cells tersebut akan di ‘pateri’ (cauterise) dengan menggunakan alat khas. Prosedur ini adalah prosedur yang singkat dan wanita boleh pulang pada hari yang sama.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah sekiranya anda mendapati terdapat pendarahan selepas bersama, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan yang lebih teliti bagi memastikan diagnosis dan rawatan dapat diberikan. Anda tidak perlu takut atau gusar kerana di kebanyakkan situasi ianya boleh dirawat dengan sebaiknya.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print

1 thought on “BERDARAH SELEPAS BERSAMA?”

  1. Assalamualaikum Dr.Salleha..mohon bantuan dan pandangan..

    1.Isteri saya mengalami masalah cecair atau seperti lendir berdarah yg asalnya keluar 10 hari sebelum period. Hal ini berlaku dalam 2x period sebelum ini.

    2.Selepas habis period, ada kalanya masih ada keluar lendir bercampur darah tu tp kuantiti yg bukan lah banyak.. mcm setompok kecik mcm tu.

    3.Kadang² ada.. dan kadang² tak ada..

    Bolehkah doc tolong bagi sedikit penjelasan kepada saya utk tindakan rawatan yang sepatutnya.

    Terima kasih doc.

Comments are closed.