Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BERAT BADAN & KESUBURAN » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-YANgmg

BERAT BADAN & KESUBURAN

Berat badan yang normal adalah memiliki Body Mass Index (BMI) 19- 24. BMI yang kurang dari 19 di kategorikan sebagai berat badan yang kurang (underweight) dan BMI yang lebih dari 24 di katergorikan sebagai berat badan berlebihan (overweight). BMI yang lebih dari 30 di kategorikan sebagai Obes.

Kesan berat badan kepada kesuburan

Ramai wanita yang mempunyai BMI yang tidak normal berjaya mengandung. Ini termasuklah mereka yang underweight, overweight ataupun obes. Namun begitu sebahagian yang mempunyai berat badan yang tidak normal akan mengalami kesukaran untuk mengandung. Kebanyakkan wanita yang mempunyai BMI yang tidak normal mengalami masalah ovulasi, iaitu proses telur dilepaskan dari ovari.

Wanita yang underweight mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Sesetengahnya tidak mengalami ovulasi. Malah ada yang tidak mempunyai haid sama sekali.

Wanita yang overweight atau obes juga boleh mengalami kitaran haid yang tidak normal. Ovulasi tidak berlaku. Namun begitu bagi wanita yang obes dan masih mempunyai kitaran haid yang normal, peluang untuk mereka mengandung tetap lebih rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai BMI yang normal. Wanita yang mempunyai BMI yang tinggi perlu mendapatkan nasihat doktor pakar bagi memastikan tiada masalah lain seperti thyroid, kencing manis atau masalah ketahanan insulin (insulin resistance) yang boleh memberi kesan kepada keupayaan mengandung dan meneruskan kandungan. Mempunyai BMI yang tinggi boleh menyebabkan peritus kejayaan rawatan kesuburan termasuklah IVF, terjejas.

Kesan berat badan berlebihan berterusan, bukan sahaja kepada kesuburan malah pada kandungan dan bayi yang dikandung..

Kesan Obes kepada Kandungan

Kesan BMI yang tinggi bukan sahaja memberi impak negatif kepada kepada peluang untuk mengandung. Namun kesan BMI yang tinggi ini berterusan. Wanita yang obes mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi. Apabila mengandung, mereka mengalami kencing manis ketika mengandung (Gestational Diabetes Melitus) dan darah tinggi (Pre-eclampsia).  Mereka mempunyai risiko yang lebih untuk bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section). Anak yang dikandung juga mempunyai risiko untuk mengalami kecacatan kelahiran dan mempunyai berat badan yang lebih apabila dilahirkan.

Lelaki yang Obes dan Kesan kepada Sperma

Lelaki yang obes mempunyai kadar kesuburan yang lebih rendah dari lelaki yang mempunyai BMI yang normal. Lelaki yang obes didapati mempunyai bilangan sperma dan pergerakkan sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai BMI yang normal.

Langkah yang Pertama yang Perlu Diambil

Obes juga memberi kesan kepada sperma..

Sekiranya mempunyai BMI yang tinggi, wanita dan lelaki digalakkan berjumpa dengan doktor dahulu. Ini adalah kerana langkaj pertama atau keputusan yang akan diambil bergantung kepada usia, rizab telur, sebab ketidaksuburan yang lain dan paras BMI seseorang itu. Ini adalah kerana bagi mereka yang mempunyai BMI 40 ke atas, pembedahan bariatrik adalah mungkin langkah yang terbaik dan berkesan bagi membantu mereka menurunkan BMI pada waktu yang terhad sebelum meneruskan rawatan kesuburan.  

Begitu juga dengan wanita yang mengalami Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Bukan semua wanita yang mempunyai PCOS mempunyai BMI yang lebih. Namun wanita yang mempunyai PCOS mengalami ketahanan insulin yang memerlukan bantuan rawatan bagi membantu mereka menurunkan berat badan serta meningkatkan peluang kehamilan.

Oleh itu adalah digalakkan pasangan untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dari doktor pakar kesuburan terlebih bagi membantu mereka mengambil keputusan akan apakah langkah pertama yang terbaik. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print