Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BERAPA PERATUS KEJAYAAN IVF? » Laman Fertiliti Kernamu
qtq80-NVVx3C

BERAPA PERATUS KEJAYAAN IVF?

Semestinya ramai yang akan persoalkan berapa peratus kejayaan rawatan IVF. Kejayaan adalah dilihat pada bilangan bayi yang dilahirkan. Seperti dalam semua bentuk rawatan kesuburan, peratus kejayaan IVF bergantung kuat pada usia wanita dan sebab berlakunya kesukaran mengandung.

Peratusan di bawah menunjukkan data yang diperolehi dari bancian di kalangan wanita di United Kingdom. Ia menunjukkan purata bayi yang dilahirkan hasil dari rawatan IVF mengikut usia wanita. Peratusan ini adalah bagi wanita yang menggunakan telur mereka sendiri dan sperma pasangan mereka serta menggunakan satu embrio yang dipindahkan ke dalam rahim.

  • <35 tahun: 29%
  • 35-37 tahun: 23%
  • 38-39 tahun: 15%
  • 40-42 tahun: 9%
  • 43-44 tahun: 3%
  • > 44 tahun: 2%.

Sumber HFEA (Human Fertilization & Embryology Authority), UK.

Sekiranya sudah mencuba selama setahun, namun belum rezeki memiliki cahaya mata- segerakanlah berjumpa doktor bagi melakukan saringan dan rawatan kesuburan. Tidak perlu tunggu sehingga usia 40 tahun untuk mendapat rawatan.

Oleh itu, IVF bukanlah 100% menjanjikan kejayaan. Peratus kejayaan akan menurun dengan usia. Ada yang berpendapat IVF hanya patut dilakukan apabila usia menjangkau 40 tahun. Ini sama sekali tidak tepat. Kita mengetahui rizab telur akan berkurangan dengan usia. Berjumpalah dengan doktor kesuburan bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang terbaik.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print