Warning: Undefined array key "options" in /var/www/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/theme-builder/widgets/site-logo.php on line 93
BAGAIMANA EMBRYO DINILAI? » Laman Fertiliti Kernamu
Embryo selection

BAGAIMANA EMBRYO DINILAI?

Embrio yang terhasil akan dikendalikan oleh embryologist yang akan memantau perkembangan dan pembesarannya. Setiap embryo akan diberikan gred bagi membantu proses pemilihan embrio. Ini terutamanya bagi membantu memilih embrio mana yang akan diletakkan semula ke dalam rahim mengikut turutan grednya. Selain itu gred ini akan juga membantu keputusan yang diambil akan bilakah hari yang optima untuk melakukan embryo transfer dan berapakah bilangan yang sesuai untuk dilakukan embryo transfer.

Bergantung kepada bilangan telur yang berjaya dikutip dan berapakah bilangan telur yang bersenyawa, embryo transfer akan dilakukan samada pada hari ke 2, 3 atau hari ke 5. Keputusan yang dibuat akan mempertimbangkan juga faktor latar belakang yang lain seperti usia pasangan, faktor ketidakesuburan, dan maklumat lain untuk menentukan embrio yang paling sesuai untuk dipindahkan.

Gred yang diberikan kepada embryo hanya merujuk kepada bentuk luaran sel dan embryo tersebut. Proses gred embryo ini boleh diumpamakan seperti pertandingan ratu cantik. Wanita yang tercantik tidak semestinya yang paling sihat dan kuat. Maka ini bermakna, tidak semestinya embryo yang mempunyai gred rendah tidak boleh menghasilkan kehamilan dan sebaliknya.

Embryo hari ketiga (D3)

Embrio hari ke- 3 (D3) juga dikenali sebagai “cleavage stage embryo”. Ini bermakna sel embrio membahagi. Namun saiz embrio tidak membesar. Biasanya embryo day 3 terdiri daripada 6-8 sel dan dikelinlingi oleh lapisan luar yang dipanggil zona pellucida.

Gred yang paling baik untuk D3 embryo adalah 8A.

  • Gred A

Embrio ini menunjukkan bahawa terdapat 6-8 sel yang sekata pembesarannya dan tidak atau kurang dari 10% fragmentasi.

  • Gred B

Embrio ini mempunyai sel yang lebih tidak sekata atau tidak teratur dengan fragmentasi antara 25-50%.

  • Gred C

Embrio ini menunjukkan fragmentasi 50% atau lebih.

Day 3 embryo yang terdiri dari 6- 8 sel

Embrio hari ke lima (D5)

Embrio D5 juga dikenali sebagai blastocyst. Pada tahap blastocyst terdapat lebih banyak sel dan kepadatan sel ini akan menyebabkan embryo tersebut mula melepasi lapisan luar, zona pellucida.

Gred blastocyst bergantung kepada tiga faktor utama iaitu:

  • Tahap pengembangan atau saiz blastocyst tersebut. Ini dinilai pada skala 1-6 dengan 6 yang paling besar.
  • Tahap kepadatan “inner cell mass”. Inner cell mass adalah bahagian di dalam blastocyst yang akan membentuk bayi. Ianya dinilai mengikut kepadatan sel dengan A, B, atau C dengan A gred terbaik.
  • Tahap kepadatan “trophectoderm” (bahagian yang membentuk uri) juga dinilai untuk bilangan sel dengan A, B atau C; dengan A adalah yang terbaik.

Setiap faktor tersebut digabungkan untuk membuat nilai (nombor, huruf, huruf) sebagai contoh gred 5AA.

Day 5 blastocyst

Biasanya, 5AA pada D5 adalah gred terbaik. Namun begitu perlu diketahui bahawa gred embryo ini adalah suatu yang dinamik. Ini adalah kerana embrio masih membahagi dan membuatkan grednya berubah. Sebagai contoh gred embryo sebelum dibekukan adalah 5AB. Pada hari embryo transfer, embryo akan melalui thawing process dan gred boleh berubah kepada 6AA, sebagai contoh.

Sistem gred embryo ini akan membantu embryologist dan doktor bagi memilih embryo yang mana yang sesuai di transfer terlebih dahulu bagi agar meningkatkan peluang kehamilan pada waktu terdekat.

Sekiranya terdapat apa- apa kemusykilan, sila berbincang dengan doktor fertiliti anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

berkongsi catatan ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on print